• Pemain sayap PKNS FC, Mahali Jasuli menyatakan beliau tidak berdepan sebarang masalah untuk diletakkan di pelbagai posisi dalamn kesebelasan utama skuad kebangsaan. Beliau berkata demikian kepada Inikan Bola pada pelancaran Puma Future yang bertempat di Avenue K, semalam. Acara tersebut juga dihadiri oleh rakan sepasukan Mahali di PKNS, K.Reuben dan ketua pasukan Selangor, Razman Roslan.

    Nama Mahali kembali menjadi bualan peminat bola sepak negara apabila beraksi cemerlang bersama PKNS FC setakat ini. Diletakkan di posisi sayap kanan nyata menjadi satu keputusan terbaik yang diambil oleh ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K.Rajagopal. Hasil daripada kecemerlangan beliau, Mahali dipanggil oleh Tan Cheng Hoe untuk menyertai pasukan kebangsaan dalam 3 pelawanan terakhir pasukan negara. Mahali juga diturunkan dalam kesebelasan utama pada 3 perlawanan tersebut.

    Selain menyatakan bahawa beliau tiada masalah untuk diletakkan di mana-mana posisi dalam skuad kebangsaan, Mahali juga menambah bahawa beliau gembira dapat bermain semula di bawah bimbingan Datuk K.Rajagopal. Mahali mempunyai misi tersendiri bersama PKNS apabila menyatakan yang beliau mahu menyumbang sesuatu buat PKNS dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

    Peminat bola sepak negara sedia maklum bahawa nama Mahali mula meningkat naik sejak berada di bawah bimbingan Datuk K.Rajagopal dalam skuad kebangsaan. Detik yang paling diingati adalah Mahali menjadi sebahagian daripada pasukan Malaysia yang menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010. Ketika itu, Mahali baru saja berusia 21 tahun.

    Akhir sekali, Mahali Jasuli memberikan nasihat kepada para pemain muda dalam negara untuk meneruskan kerja keras dan usaha mereka bagi membantu pasukan kebangsaan pada masa sekarang atapun pada masa hadapan. Menurut Mahali, barisan pemain muda yang dimiliki oleh negara ketika ini semuanya berbakat. Jadi, sebab itulah mereka harus sentiasa berusaha dan bekerja keras.

    Apa pendapat anda mengenai prestasi semasa Mahali Jasuli bersama pasukan kebangsaan dan juga PKNS FC ? Mampukah Mahali mengekalkan rentak seterusnya menjadi pilihan utama Tan Cheng Hoe dan Datuk K.Rajagopal ?

    Baca Juga: Mahali Jasuli, Bagaikan Dilahirkan Semula

    Leave a comment

    Your email address will not be published.