• Pemain pasukan Kelantan, S.Veenod nyata berang dengan tindakan pengurusan pasukan yang secara tiba-tiba “menggugurkan” beliau tanpa alasan yang kukuh. Nmun, dalam entri terbaru presiden KAFA di laman media sosial, Veenod dilepaskan dan diminta untuk mencari pasukan lain. Bukannya digugurkan seperti yang dinyatakan Veenod sebelum ini.

    Bibi Ramjani turut kecewa dengan sikap S.Veenod yang membuat kenyataan media berkenaan isu ini tanpa merujuk kepada presiden KAFA itu terlebih dahulu. Bibi juga menasihati para penyokong tidak mudah untuk cepat menghukum.

    Cleaning house yang dilakukan oleh pasukan Kelantan nyata mendapat persepsi yang berbeza daripada peminat. Ada peminat yang berasa positif. Dan ada juga peminat yang mempersoalkan tindakan KAFA ini. Lihat saja senarai pemain yang sudah dilepaskan. Dua pemain import iaitu Ferdinand Sinaga dan Bruno Lopes dan pemain berpengalaman seperti Nor Farhan Muhammad mencari antara pemain yang dilepaskan.

    Pelepasan pemain dibuat semenjak Fajr Ibrahim mengambil alih tugas Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih pasukan. Apa yang kita lihat daripada pelepasan pemain ini, Fajr mahu menggunakan pemain yang hanya sesuai dengan sistem yang bakal diterapkan oleh beliau. Setakat ini, kita masih lagi belum melihat bagaimana Fajr mencorak gaya permainan ke dalam pasukan Kelantan menggunakan pemain sedia ada.

    Apa yang pasti, masih belum diketahui kebenaran sama ada S.Veenod ini benar-benar digugurkan oleh pasukan ataupun dilepaskan untuk beliau mencari pasukan baru pada jendela perpindahan yang kedua Jun ini. Kita harus menunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh KAFA.

    Apa pendapat anda mengenai situasi tegang antara S.Veenod dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ? Adakah perkara ini bakal memberi kesan kepada prestasi pasukan yang ketika ini mengalami kekurangan bilangan pemain ? Atau KAFA membuat keputusan tepat dengan melepaskan S.Veenod ?

    Baca Juga: Garangnya Fajr Ibrahim Ni!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.