• Perlawanan suku akhir kedua diantara Johor Darul Ta’zim menentang Pahang esok diibaratkan sebagai satu perlawanan akhir buat kedua-dua pasukan. Pada perlawanan suku akhir pertama, keduanya terikat tanpa sebarang jaringan. Jadi, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan di sini.

    Selain menjaringkan gol pada perlawanan esok, apa yang perlu dilakukan oleh JDT ialah mengekang pasukan Pahang daripada memperolehi gol di tempat lawan. Satu gol di tempat lawan sudah cukup untuk membunuh impian JDT untuk mara ke peringkat separuh akhir.

    Dari segi pemain pula, JDT dilihat mempunyai kelebihan berbanding lawan mereka kerana kesemua pemain bebas daripada sebarang kecederaan. Kami menjangkakan Raul Longhi akan menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti mana ketika mereka menewaskan PKNS FC minggu lalu.

    Bagi pasukan Pahang pula, kelebihan gol di tempat lawan sudah cukup untuk membawa mereka mara ke peringkat separuh akhir. Kami menjangkakan Patrick Cruz akan digandingkan dengan pemain muda, R.Kogileswaran bagi mencari gol penting buat pasukan Pahang pada perlawanan esok.

    Namun, persiapan mereka untuk menentang JDT esok sedikit terganggu dengan beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan. Pada perlawanan menentang Kuala Lumpur minggu lalu, ketua pasukan, Mathhew Davies dan pemain import, Safuwan Baharuddin tidak diturunkan. Berkemungkinan besar kedua-dua pemain ini tidak akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

    Kami berpendapat kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama rata untuk mara ke peringkat seterusnya. Walaupun Johor Darul Ta’zim dilihat mempunyai kelebihan dari segi pemain berbanding lawan mereka, namun mereka tidak boleh memandang rendah terhadap kemampuan pasukan Pahang untuk mencipta kejutan dengan pemain sedia ada.

    Apa pendapat anda mengenai peluang Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan suku akhir kedua esok ? Mampukah mereka menewaskan pasukan Pahang sekaligus membalas dendam diatas kekalahan mereka di peringkat yang sama pada edisi tahun lalu ?

    Atau pasukan Pahang akan muncul sebagai pemenang sekaligus melangkah ke peringkat separuh akhir buat kali kedua dalam dua edisi terakhir ?

    Baca Juga: Apa Tujuan Sebenar Mengambil Pemain Import ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.