• Disclaimer: Penulis tidak mempunyai insight terhadap masalah dalaman yang dihadapi pasukan Kedah. Artikel ini ditulis semata-mata berdasarkan apa yang dipersembahkan di atas padang.

     

    Sebelum menerangkan kenapa pemecatan Marco satu kesilapan, penulis ingin menerangkan teori pembahagian padang yang paling ringkas supaya lebih mudah untuk kita memahami DNA yang cuba dibawa oleh pengendali dari Sepanyol ini.

     

    Sebuah padang bolasepak boleh dibahagikan kepada 3 bahagian secara vertical. Di kalangan penggiat bolasepak pasti kerap mendengar istilah defending third, middle third dan attacking third seperti digambarkan di bawah.

    Defending third adalah kawasan di mana pasukan akan bertahan. Lazimnya di kawasan ini, pasukan perlu bermain secara selamat.

    Middle third merupakan kawasan di mana pasukan merencanakan gerakan. Di kawasan ini, sebuah pasukan lazimnya akan melebarkan permainan untuk memaksa pertahanan lawan membuka ruang. Di kawasan ini juga, tempo hantaran selalunya lebih pantas daripada ketika bola berada di defending third.

    Attacking third adalah kawasan di mana kebanyakan penetrative pass berlaku dan gol dihasilkan. Dalam satu rancangan tv , Thierry Henry mengatakan bahawa Pep Guardiola memberikan kebebasan kepada pemain beliau untuk melakukan apa sahaja apabila bola smpai ke kawasan ini.

     

    Apakah kaitan pembahagian padang begini dengan Ramon Marcote di Kedah?

    Ketika Kedah di bawah bimbingan TCH, sistem utama mereka ialah 4-2-3-1, dengan short passing dan bermain secara compact. Kemudian, Nizam Adha meneruskan DNA bolasepak TCH ini walaupun bukan 100% sama seperti TCH. Di bawah Nizam, pasukan Kedah kurang compact. Kota sering dpt melihat Liridon Krasniqi terpaksa memegang bola terlalu lama akibat kurang support. Namun, mereka masih boleh membawa pulang 2 piala ke bumi Kedah.

    Pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada TCH, Ramon Marcote mengetahui segalanya tentang corak permainan Kedah. Dari segi taktikal, beliau sebenarnya ibarat sedang melakukan upgrade dalam permainan Kedah.

     

    Mengambil setup terbaik Kedah musim ini sebagai rujukan ketika bertemu Negeri Sembilan, mereka bertahan dengan 4 pertahanan dan 5 pemain tengah, bertujuan untuk mengecilkan kawasan permainan dan memaksa pemain negeri sembilan menghantar bola keluar dari kawasan berbahaya.


    Bertahan di Defending Third

     

    Apabila memeliki bola, lazimnya mereka akan merencana permainan dari bawah melalui 2 CB mereka. Ketika bola berada di sekitar middle third, 2 fullback Kedah, Rizal Ghazali dan Arif Farhan akan melebarkan kawasan permainan, sementara Akram Mahinan akan berada di antara 2 CB pasukan Kedah. 2 fullback mereka akan diberikan support oleh pemain sayap mereka manakala Liridon, Badrol dan Sandro bebas berlegar di kawasan tengah. Dalam fasa ini, mereka tidak memegang bola lama. Hanya 1-2 touches mereka akan release bola kepada rakan, bertujuan untuk membuka ruang bola dihantar ke kawasan attacking third.


    Kebebasan di Attacking Third

     

    Melihat betapa tersusunnya setup yang dilakukan Marco, penulis percaya beliau mampu meningkatkan taraf permainan pasukan Kedah jika diberi lebih masa. Tindakan KFA merehatkan beliau sebenarnya terlalu terburu-buru. Dikhabarkan Nizam Adha sudah dilantik sepenuh masa sebagai Ketua Jurulatih Kedah. Sedikit menggembirakan, ketika perlawanan persahabatan menentang Perlis, Nizam mengguna pakai apa yang beliau pelajari daripada Marco. Penulis berharap Nizam dapat menerapkan corak permainan sama seperti yang ingin diterapkan oleh Marco. Perlawanan menentang Selangor sangat penting untuk Kedah. Dengan pengalaman dari musim lalu, penulis berharap Nizam dapat mengembalikan keyakinan pemain dan penyokong pasukan Kedah.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.