• Azraai Khor mengutip mata pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila membimbing Negeri Sembilan seri dengan pasukan Kelantan minggu lalu. Dalam perlawanan tersebut, penulis melihat barisan serangan yang diketuai Nicolas Velez dilihat gagal untuk beraksi dengan baik.

    Setelah berehat panjang kerana kecederaan yang dialami ketika Negeri Sembilan menewaskan Kuala Lumpur Februari lalu, Velez kembali dalam kesebelasan utama pasukan. Dalam perlawanan menentang Kelantan, kita dapat melihat Velez sedikit tumpul dan bergelut untuk mencari peluang. Mungkin kerana beliau sudah lama tidak beraksi.

    Pada jendela perpindahan kedua nanti, ketua jurulatih, Azraai Khor Abdullah perlu mencari gandingan kepada Velez di bahagian serangan bagi memudahkan tugas beliau. Posisi asal Velez ialah sebagai pemain nombor 10. Ketika ini, beliau bukan saja memainkan peranan sebagai pemain nombor 10, malah sebagai penyerang utama juga.

    Lihat saja ketika Velez terpaksa direhatkan kerana kecederaan. Negeri Sembilan tidak mempunyai pemain serangan yang mampu untuk menggantikan tempat pemain berasal Argentina ini. Berbeza ketika sebelum Velez mengalami kecederaan. Walaupun bergelut, namun Negeri Sembilan dilihat mampu untuk memberikan saingan.

    Penulis berpendapat penting untuk Azraai mendapatkan gandingan Velez kerana ketika ini, pasukan Negeri Sembilan berada di kedudukan tercorot dalam carta Liga Super. Selain itu, mereka tidak boleh mengharapkan kepada Velez semata-mata untuk mencari gol.

    Bukanlah penulis mahu menafikan barisan penyerang tempatan yang dimiliki oleh Negeri Sembilan ini tidak bagus. Tetapi, dalam keadaan semasa Negeri Sembilan, mereka perlukan seorang penyerang yang boleh memberikan instant hit dan mula menjaringkan gol.

    Mereka perlukan kemenangan dengan kadar segera untuk keluar daripada zon penyingkiran. Dan untuk itu, mereka perlukan gandingan penyerang yang berbisa dan juga berkualiti.

    Apa pendapat anda mengenai Nicolas Velez yang perlukan gandingan di bahagian serangan bagi memberi sengat untuk pasukan Negeri Sembilan ? Penyerang jenis apa yang diperlukan oleh Velez bagi membentuk satu gandingan mantap di bahagian serangan pasukan ?

    Baca Juga: Mampukah Azraai Khor Menyelamatkan Negeri Sembilan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.