• Pertembungan antara Johor Darul Ta’zim menentang Pahang dalam perlawanan suku akhir pertama hari ini dijangka sengit dan juga padat dengan aksi daripada barisan pemain kedua-dua pasukan. Di sini, kami mahu membincangkan tentang dua pemain kacukan kedua-dua pasukan iaitu Matthew Davies dan jugfa La’Vere Corbin-Ong. Siapa yang lebih hebat.

    Kedua-dua pemain ini beraksi dengan baik setakat ini. Davies menjadi salah satu right back terbaik dalam negara manakala Corbin-Ong pula menjadi antara left back utama dalam Liga Malaysia. Kecemerlangan keduanya juga berjaya membantu pasukan berada dalam kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super.

    Semenjak hadir ke saingan Liga Malaysia, Corbin-Ong sememangnya mencipta impak yang tersendiri. Beliau terkenal dengan larian pantas dari sebelah kiri dan juga kualiti lontaran bola beliau yang sangat baik. Akan tetapi, Corbin mempunyai kecenderungan untuk naik sedikit ke atas dan meninggalkan ruang yang besar di bahagian kiri.

    Bagi Davies pula, beliau berjaya membentuk satu gandingan mantap bersama Mohamadou Sumareh di bahagian kanan pasukan Pahang. Sama seperti Corbin, Davies juga mempunyai kepantasan. Namun, hantaran lintang beliau kadang-kala tidak menjadi. Jadi kedua-dua pemain ini mempunyai kelebihan dan juga kekurangan yang tersendiri.

    Pada perlawanan hari ini, kami juga merasakan bahawa ini adalah pentas terbaik untuk menunjukkan potensi sebenar yang dimiliki oleh kedua-dua pemain. Mereka harus keluar dari zon selesa dan mula menampilkan persembahan terbaik hari ini.

    Selain daripada itu, kedua-dua pemain juga harus membuktikan kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bahawa mereka berdua juga layak untuk membarisi kesebelasan utama skuad kebangsaan. Terutama sekali Corbin-Ong kerana peminat masih belum melihat beliau memakai jersi pasukan negara.

    Apa pendapat anda mengenai pertembungan antara dua pemain kacukan ini ? Pemain manakah yang akan tampil lebih cemerlang sekaligus membantu pasukan beliau mengutip kemenangan pertama dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA edisi kali ini ?

    Baca Juga: 3 Lagi Pemain Left Back Yang Boleh Dipertimbangkan Oleh Tan Cheng Hoe

    Leave a comment

    Your email address will not be published.