• Kemenangan ke atas Bhutan nyata menjadi satu kelegaan buat peminat bola sepak tanah air. Mana tidaknya, sudah lebih setahun pasukan kebangsaan kita tidak merasai sebarang kemenangan. Barisan pemain yang diturunkan juga berjaya tampil dengan cemerlang. Perlawanan semalam juga satu pendedahan yang baik untuk beberapa pemain muda negara.

    Antara pemain muda yang diturunkan dalam kesebelasan utama semalam ialah Ariff Farhan Md Isa, Irfan Zakaria dan Akhyar Rashid. Ketiga-tiga pemain ini berjaya menunjukkan persembahan yang baik. Ariff Farhan beraksi cemerlang di posisi pertahanan kanan. Irfan Zakaria pula tenang mengawal benteng pertahanan negara dan membentuk satu gandingan mantap bersama Shahrul Saad.

    Akhyar Rashid pula beraksi dengan baik pada awal permainan sebelum persembahan beliau sedikit goyah menuju ke penghujung separuh masa pertama. Pemain gantian yang dimasukkan seperti Syahmi Safari, Syazwan Andik dan juga R.Kogileswaran juga menunjukkan persembahan yang baik pada separuh masa kedua.

    Hanya saja kita melihat beberapa daripada pemain muda ini sedikit gugup serta gagal untuk settle down dengan cepat. Pemain seperti Kogi yang melepaskan beberapa peluang untuk menambah jaringan pasukan negara semalam. Ini boleh diperbaiki apabila Tan Cheng Hoe memberi peluang kepada pemain muda ini untuk tampil dalam perlawanan antarabangsa.

    Selain barisan pemain muda yang diturunkan, terdapat beberapa pemain yang membuat penampilan pertama bersama pasukan negara. Nor Hakim Hassan dan Shahrel Fikri diturunkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan Zaquan Adha dan Wan Zack Haikal.

    Nor Hakim dan juga Shahrel Fikri menampilkan persembahan yang baik bagi membantu Syafiq Ahmad di bahagian serangan. Kami berpendapat kedua-duanya juga wajar untuk terus diberi peluang oleh jurulatih skuad kebangsaan bagi bermain di pentas antarabangsa.

    Apa yang pasti, diharapkan para pemain muda ini telah mendapatkan satu pendedahan yang amat penting dalam perjalanan bola sepak mereka. Tidak mustahil jika mereka mengekalkan prestasi semasa, Tan Cheng Hoe akan memanggil mereka untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang.

    Baca Juga: Sebahagian Pemain Patut Dikekalkan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.