• PKNS FC berjaya mengecewakan peminat Perak yang menonton perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2018 semalam di Stadium Perak yang baru saja siap daripada dinaik taraf. Dalam perlawanan semalam, kami berpendapat Perak lambat panas kerana hanya pada minit akhir perlawanan mereka berjaya menjaringkan gol.

    PKNS FC dilihat lebih dominan berbanding Perak pada separuh masa pertama. Mereka lebih banyak melakukan percubaan ke arah pintu gol berbanding pasukan tuan rumah. Tugas barisan pertahanan PKNS dilihat mudah apabila Perak hanya mengharapkan hantaran jauh yang ditujukan kepada Gilmar Da Silva.

    Pada separuh masa kedua, PKNS tampil lebih garang dan berjaya memperolehi dua gol. Pemain import PKNS, Faris Ramli menjadi pemain terbaik mereka pada perlawanan semalam kerana kelincahan Faris sukar dibendung oleh pertahanan Perak sehinggakan PKNS memperoleh sepakan penalti berpunca daripada gerakan Faris.

    Bagi pasukan Perak pula, kegagalan untuk menggempur benteng pertahanan PKNS daripada awal permainan menjadi kesilapan terbesar mereka pada perlawanan semalam. Perak banyak bergantung kepada hantaran jauh ke depan dengan mencari penyerang utama mereka, Gilmar Da Silva pada separuh masa pertama.

    Walaupun mereka berjaya menjaringkan dua gol pada lewat perlawanan menerusi Nor Hakim Hassan dan Nasir Basharudin. Namun, jaringan tersebut tidak cukup untuk membawa Perak ke peringkat separuh akhir.

    Walau apa pun, menarik untuk kita saksikan pertembungan diantara pasukan PKNS FC yang menentang “abang” mereka iaitu pasukan Selangor di peringkat separuh akhir nanti.

    Bagi pasukan Perak pula, banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh ketua jurulatih, Mehmet Durakovic bagi mengelakkan kesilapan sama daripada berulang pada perlawanan akan datang.

    Apa pendapat anda mengenai pasukan Perak yang lambat panas pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA menentang PKNS FC semalam ? Jika mereka menggempur kubu PKNS FC bermula dari awal permainan lagi, mampukah mereka mengutip kemenangan ?

    Baca Juga: Masih Ada Peluang Untuk Perak

    Leave a comment

    Your email address will not be published.