• Pasukan Perak akan menghadapi PKNS FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2018 hari ini di Stadium TLDM, Lumut. Perlawanan hari ini nyata lebih daei sekadar perlawanan Piala FA. Anak-anak buah Mehmet Durakovic mahu membalas dendam di atas kekalahan 2-0 dalam saingan Liga Super Februari lalu.

    Kedua-dua pasukan nyata berada dalam prestasi yang baik menuju ke perlawanan hari ini. Perak memenangi dua perlawanan terakhir mereka, begitu juga dengan PKNS FC. Perak berjaya menewaskan Selangor dan Pulau Pinang manakala PKNS berjaya menewaskan Kelantan di pentas Liga dan juga Piala FA pusingan yang ketiga.

    The Boss Gaurus sudah pasti akan mengharapkan Gilmar Da Silva serta Wander Luiz untuk merobek gawang PKNS FC. Selain dua pemain import ini, Mehmet juga mempunyai pemain sayap yang sedang meningkat naik iaitu Nor Hakim Hassan bagi membantu jentera serangan Perak.

    Setelah beraksi dengan baik bersama pasukan kebangsaan, sudah pasti Mehmet mahukan Hakim untuk mengekalkan rentak positif beliau ketika ini. Penting untuk Perak mencari gol di laman sendiri bagi membawa bekalan selesa apabila berkunjung ke Shah Alam pada perlawanan kedua nanti.

    Bagi PKNS FC pula, siapa lagi kalau bukan Rafael Ramazotti, Faris Ramli dan juga Mahali Jasuli yang akan menjadi harapan utama Datuk K.Rajagopal bagi mencari gol di tempat lawan hari ini. Ketiga-tiga pemain ini menjadi mesin gol kepada PKNS dalam saingan Liga setakat ini. Sudah pasti coach Raja mahukan ketiga-tiganya untuk menampilkan persembahan yang serupa hari ini.

    Jika kita melihat di atas kertas, kedua-dua pasukan mempunyai kualiti yang seimbang dari sudut serangan. Namun, pentas Piala FA kali ini berbeza kerana melibatkan gol di tempat lawan. Jadi menarik untuk kita saksikan bagaimana barisan serangan kedua-dua pasukan berentap malam ini.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara Perak menentang PKNS FC malam ini ? Pasukan manakah yang akan membawa bekalan selesa menuju ke perlawanan kedua nanti ?

    Baca Juga: Mahali Jasuli: Tiada Masalah Bagi Saya

    Leave a comment

    Your email address will not be published.