• Semenjak pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan mahu merombak pasukan pada jendela perpindahan kedua nanti, peminat tertanya-tanya tentang pemain mana yang bakal digugurkan. Di sini, apa yang kami boleh katakan ialah para pemain perlu step up jika tidak mahu digugurkan pada jendela perpindahan kedua nanti.

    Persembahan beberapa pemain JDT musim ini memang tidak seperti yang diharapkan. Pemain seperti Syafiq Ahmad, Darren Lok dan Amirul Hadi Zainal nyata tidak menunjukkan aksi yang memberangsangkan. Bagi pemain import pula, Luciano Figueroa dan Gonzalo Cabrera masih lagi gagal untuk menunjukkan prestasi baik. Berbeza ketika pertama kali kedua-dua pemain menyertai pasukan.

    Setakat ini, JDT telah membawa masuk bekas pemain Melbourne City FC, Harry Novillo bagi menggantikan Jorge Pereyra Diaz yang telah meninggalkan pasukan sebelum ini. Selain Novillo, sudah pasti JDT akan membawa masuk seorang penyerang berkaliber bagi menggantikan penyerang import sedia ada, Luciano Figueroa.

    Penting untuk JDT mencari penyerang berbisa secepat mungkin kerana mereka tidak boleh mengharapkan Hazwan Bakri dan Safawi Rasid semata-mata untuk menjaringkan gol. Untuk pasukan yang berkemungkinan besar akan bersaing dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia tahun hadapan, JDT perlu mempunyai seorang penyerang berprofil tinggi dan juga prolifik.

    Selain pemain import, sama juga halnya kepada pemain tempatam Johor Darul Ta’zim. Mereka harus mula bermain dengan baik jika mahu masa depan mereka bersama JDT terjamin. Apa yang boleh kita lihat, majoriti pemain tempatan dalam pasukan JDT adalah pemain yang sama dalam tiga musim terakhir. Jadi, sudah pasti akan ada perubahan bagi memastikan pasukan sentiasa dalam keadaan yang baik.

    Apa pendapat anda mengenai cadangan supaya para pemain JDT ketika ini perlu step up jika mereka tidak mahu digugurkan pada jendela perpindahan kedua nanti ? Menurut anda, pemain mana yang akan digugurkan bagi memberi laluan kepada pemain baru untuk membarisi pasukan JDT musim ini ?

    Baca Juga: Empat Pemain Muda Yang Berbakat Namun Dihambat Oleh Kecederaan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.