• Pasukan Pulau Pinang semakin tertekan apabila mereka kehilangan presiden pasukan, Datuk Tahir Jalaluddin Hussain yang mengundurkan diri daripada jawatan tersebut. Kini, mereka sedang mencari calon untuk mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Datuk Tahir.

    Sebelum ini, Pulau Pinang telahpun menghadapi masalah kewangan yang sangat serius. Kantung pasukan kewangan dikatakan semakin menipis. Bukan saja masalah kewangan, ketiadaan penaja dan juga hukuman yang dikenakan oleh Malaysia Football League (MFL) terhadap mereka menjadi cabaran yang harus ditempuh oleh pasukan.

    Masalah kewangan yang dihadapi oleh Pulau Pinang saat ini bukanlah yang pertama kali berlaku dalam sejarah pasukan. Sebelum ini, Pulau Pinang pernah menghadapi masalah kewangan yang teruk pada musim 2002 dan juga 2007.

    Prestasi pasukan Pulau Pinang dalam saingan Liga Perdana ketika ini juga tidak begitu baik. Mereka hanya mampu untuk mengtip dua kemenangan, satu seri dan telah tewas empat perlawanan setakat ini. Satu perbezaan yang ketara memandangkan mereka bermain dalam saingan Liga Super pada musim sebelumnya.

    Untuk mencari pengganti Datuk Tahir yang telah mengundurkan diri, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) telah menyiarkan dalam laman media sosial mereka dengan menawarkan jawatan tersebut kepada sesiapa saja yang berminat menjadi presiden pasukan.

    Apa yang pasti, sesiapa saja individu yang menjadi presiden Persatuan Bola Sepaj Pulau Pinang (FAP) selepas ini mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memulihkan semula kantung pasukan. Perkara ini amat penting dan memerlukan perhatia yang khusus agar pasukan Pulau Pinang tidak mengikuti jejak pasukan Kuantan FA yang dibubarkan.

    Apa pendapat anda mengenai situasi Pulau Pinang yang semakin tertekan ketika ini ? Masih adakah sinar buat Pulau Pinang bagi mengharungi saingan musim ini ?

    Baca Juga: Apa Sudah Jadi Dengan Pulau Pinang ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.