• Fitness level pemain kita selalu menjadi persoalan kepada semua pihak. Sesetengah daripada mereka berpendapat apabila menuju ke 10 minit terakhir sesebuah perlawanan, para pemain sudah mula keletihan dan gagal untuk bermain dengan baik. Baru-baru ini, ada pihak yang mencadangkan untuk regim latihan pemain bola kita perlu mengikut regim latihan pemain ragbi.

    Memang tak dinafikan tahap kecergasan yang dimiliki oleh pemain menjadi isu utama yang dihadapi oleh pemain negara ketika ini. Kita boleh lihat apabila memasuki sepuluh atau lima minit terakhir perlawanan, tempo perlawanan akan menjadi sedikit perlahan. Selain itu, pada minit-minit akhir perlawanan juga kerap berlaku kecederaan ke atas pemain.

    Perkara seperti ini tidak berlaku dalam saingan Liga Malaysia saja. Ia juga sering berlaku ketika perlawanan antarabangsa membabitkan pasukan Malaysia. Sudah banyak perlawanan dimana kita tidak mendapat keputusan yang diinginkan kerana masalah kecergasan pemain yang tidak menepati standard ini.

    Kami berpendapat cadangan untuk menukar regim latihan pemain bola sepak kita boleh diberi perhatian oleh pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia. Sebagai pemain bola sepak profesional, pemain tersebut seharusnya mampu untuk bermain sehingga minit terakhir perlawanan termasuklah ketika masa tambahan.

    Jadi, sudah tiba masanya untuk pemain kita mempunyai ahap kecergasan yang lebih tinggi berbanding ketika ini. Jika pemain kita mempunyai tahap kecergasan yang baik, maka mutu permainan seseorang pemain itu akan meningkat naik.

    Perubahan yang dilakukan juga akan memastikan kualiti Liga Malaysia dan juga pasukan kebangsaan kita meningkat dan mampu untuk memberikan saingan kepada pasukan lain.

    Apa pendapat anda mengenai cadangan untuk menukar kaedah latihan pemain bola sepak kita untuk setara dengan kaedah latihan pemain ragbi ? Mampukah pemain bola sepak negara untuk mengikuti kaedah latihan tersebut ?

    Baca Juga: Kita Dah Jauh Ketinggalan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.