• Pasukan Liga Perdana, Sarawak telah mematerai memorandum persefahaman dengan kelab Australia, Perth Glory berkenaan pembangunan dan juga perkongsian ilmu dan juga maklumat antara kedua-dua pasukan.

    Menurut laporan Goal.com, Perth Glory akan mengadakan lawatan pra-musim di Sarawak pada Ogos ini yang turut menyaksikan pelbagai aktiviti seperti symposium bola sepak, perkongsian tentang strategi pemasaran kelab, klinik media sosial serta klinik bola sepak yang akan diadakan sepanjang lawatan mereka.

    Selain perkongsian ilmu dan juga klinik bola sepak yang akan diadakan, Perth Glory juga berpotensi untuk mengadakan perlawanan A Legaue di bumi Sarawak pada masa akan datang. Ini akan menjadi satu sejarah tersendiri buat bola sepak Sarawak dan juga bola sepak Malaysia khususnya.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Dato Poja Majais berharap dengan kerjasama antara kedua-dua pasukan, Sarawak boleh belajar segala ilmu yang diperlukan untuk memastikan kemajuan dari segi pasukan, pengurusan pasukan dan juga aspek pemasaran.

    Kami berpendapat kerjasama diantara pasukan Sarawak dan juga Perth Glory ini adalah satu kerjasama yang sangat baik khususnya bagi perkembangan pasukan Sarawak dan juga Liga Malaysia itu sendiri. Kita sedia maklum bahawa liga Australia mempunyai sistem yang jauh lebih baik berbanding Liga Malaysia.

    Kita juga sering melihat kelibat kelab-kelab Australia mewarnai temasya tertinggi peringkat kelab di Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia. Jadi banyak yang Sarawak boleh perolehi daripada kerjasama dengan bekas pasukan Matthew Davies ini.

    Musim ini, Sarawak terpaksa bermain dalam saingan Liga Perdana setelah menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga ke-11. Setakat ini, mereka berada di kedudukan tangga kedua dalam carta Liga, lima mata dibelakang pasukan pendahulu, Felda United.

    Apa pendapat anda mengenai memorandum persefahaman yang dimaterai antara pasukan Sarawak dan kelab Australia, Perth Glory ini ? Adakah dengan kerjasama yang telah ditandatangani ini, pasukan Sarawak boleh meningkatkan pelbagai aspek seperti pembangunan pasukan, aspek pengurusan serta aspek pemasaran ?

    Baca Juga: Penyakit Ini Masih Belum Terubati

    Leave a comment

    Your email address will not be published.