• Perlawanan menentang Bhutan merupakan perlawanan akhir skuad kebangsaan di pentas antarabangsa sebelum pemain kembali ke pangkuan kelab masing-masing. Melihat kepada dua perlawanan di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe, penulis merasakan ada beberapa pemain yang boleh dikekalkan bagi mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

    Kita sudah melihat dua set pemain yang berbeza pada dua perlawanan sebelum ini. Barisan pemain yang dikatakan terkuat dengan adanya pemain bintang tidak mampu untuk menewaskan Mongolia. Manakala barisan pemain yang dianggap “Cap Ayam” pula menunjukkan satu persembahan yang begitu baik ketika menentang pasukan Lebanon.

    Pemain seperti Akhyar Rashid beraksi dengan baik pada perlawanan pertama beliau bersama skuad senior. Akhyar mampu untuk menjadi pemain utama di bahagian serangan dengan dibantu oleh Safaqi Rasid dan Hazwan Bakri. Ketiga-tiga pemain ini merupakan barisan serangan yang ideal buat pasukan negara ketika ini.

    Di bahagian tengah, Nazmi Faiz Mansor boleh memberi pilihan yang pelbagai di samping Natxo Insa, Safiq Rahim dan Nor Azam Azih. Afiq Fazail dan Akram Mahinan pula akan melengkapkan lagi barisan pemain untuk mengisi posisi tengah.

    Di bahagian pertahanan pula, Irfan Zakaria bermain dengan baik di posisi tersebut. Adam Nor Azlin, Shahrul Saad dan Fadhli Shas boleh menjadi pelengkap kepada pilihan pemain di posisi tersebut. Matthew Davies dilihat bakal mengekalkan status beliau sebagai pilihan utama di bahagian kanan. Manakala di bahagian kiri, Tan Cheng Hoe harus memilih diantara Ariff Farhan, Fadzly Mazlan dan juga Nazirul Naim.

    Untuk dua atau tiga tahun yang akan datang, penulis akan melihat pasukan negara akan dibarisi oleh pemain yang penulis sebutkan di atas. Rata-rata daripada mereka masih muda, kecuali Safiq dan Natxo yang penulis rasa menjadi solusi jangka pendek buat pasukan negara.

    Haa itulah senarai pemain yang menurut penulis wajar untuk dikekalkan bagi mewakili pasukan kebangsaan di perlawanan antarabangsa. Kehadiran para pemain ini juga bertepatan dengan situasi pasukan negara yang memerlukan barisan pemain baru.

    Baca Juga: Matthew Davies Sebagai Kapten ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.