• Siapa yang boleh hentikan Felda United daripada terus bermaharajalela dalam saingan Liga Perdana musim ini ? Jawapan kepada persoalan tersebut masih belum ditemui kerana pada perlawanan tempoh hari, Felda berjaya menewaskan pasukan Sarawak 3-2.

    Felda masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga setakat ini. Mereka juga berjaya mengutip enam kemenangan dan hanya dua kali seri. Banyak faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan Felda dalam saingan Liga musim ini.

    Antara faktor yang memainkan peranan penting adalah barisan pemain yang dimiliki oleh mereka. Terutamanya di bahagian serangan apabila gandingan Gilberto Fortunato dan Thiago Augusto telah mejaringkan 10 gol dalam saingan Liga setakat ini.

    Bahagian tengah dan juga pertahanan pasukan Felda juga tidak ketinggalan. Di tengah, mereka ada Syamim Yahyah, Khairu Azrin dan Ian Ramsay sebagai general. Di bahagian pertahanan pula, mereka mempunyai Shukor Adan dan orang besi, Thiago Junio Aquino.

    Kami tidak melihat tanda-tanda Felda mahu mengendurkan rentak cemerlang mereka ketika ini. Apa yang pasti, anak-anak buah B.Sathianathan mahu mengesahkan kejuaraan lebih awal kerana pasukan seperti Felda, yang mempunyai barisan pemain yang sangat baik harus bermain dalam saingan Liga Super.

    Selain itu, jika pasukan lain mahu hentikan Felda United daripada terus mengungguli carta Liga, mereka harus bekerja lebih keras lagi kerana bukan mudah untuk menembusi benteng perlawanan Felda.

    Akhir sekali, jika Felda berjaya mengekalkan rentak semasa mereka, sudah pasti mereka akan megambil kembali tempat mereka dalam saingan Liga Super yang telah dirampas pada awal musim ini kerana masalah perlesenan pasukan.

    Dengan barisan pemain sedia ada, Felda United dilihat mudah untuk terus menjadi raja dalam saingan Liga Perdana musim ini.

    Baca Juga: Felda United Mampu Mara Lebih Jauh

    Leave a comment

    Your email address will not be published.