• Tan Cheng Hoe telah menggunakan beberapa kumpulan pemain dalam tiga perlawanan antarabangsa di bawah kendalian beliau setakat ini. Daripada kumpulan pemain yang digunakan, kami tertanya-tanya tentang pemain mana yang sesuai untuk mengisi posisi left back negara pada perlawanan akan datang.

    Dalam tiga perlawanan setakat ini, Tan Cheng Hoe telah menggunakan Fazly Mazlan ketika menentang Mongolia, Ariff Farhan ketika menentang Lebanon dan Nazirul Naim ketika menentang Bhutan. Persembahan Fazly ketika skuad kebangsaan seri dengan Mongolia sedikit tidak konsisten. Hantaran lintang Fazly serba tidak menjadi dalam perlawanan tersebut. Hantaran lintang yang tidak menjadi ini nyata menggangu rentak serangan pasukan negara.

    Persembahan Ariff Farhan ketika Malaysia tewas kepada Lebanon boleh dikatakan baik. Beliau beraksi dengan cemerlang membantu barisan serangan negara daripada sebelah kiri. Namun, dari segi bertahan, beliau dilihat agak bergelut kerana pemain Lebanon dengan mudah menembusi bahagian kiri.

    Pada perlawanan menentang Bhutan, Tan Cheng Hoe menurunkan Nazirul Naim di posisi left back. Dan beliau nyata bermain dengan baik dalam perlawanan tersebut. Nazirul berjaya membantuu barisan serangan dengan larian pantas beliau dari sebelah kiri. Selain itu, beliau juga bermain dengan baik ketika aspek bertahan.

    Di sini, Tan Cheng Hoe mempunyai banyak pilihan untuk mengisi posisi pertahanan kiri negara. Jika beliau mahukan pemain muda untuk mengisi posisi tersebut, ada Ariff Farhan di situ. Ariff sebelum ini pernah bermain di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee dalam skuad bawah 23 tahun negara.

    Jika Tan Cheng Hoe mahu mengisi posisi tersebut dengan pemain yang berpengalaman, ada Nazirul Naim dan juga Fazly Mazlan di situ. Kedua-dua pemain ini masih lagi muda. Namun, pengalaman yang mereka berdua miliki bersama skuad kebangsaan booleh dimanfaatkan.

    Apa pendapat anda mengenai pemain mana yang patut mengisi posisi left back pasukan kebangsaan ? Adakah posisi tersebut harus diisi oleh pemain muda ? Ataupun posisi tersebut harus diisi oleh pemain yang mempunyai pengalaman beraksi bersama pasukan kebangsaan ?

    Baca Juga: Kita Masih Perlukan Kuda Tua ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.