• Pasukan Johor Darul Ta’zim akan menerima kunjungan PKNS FC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos malam ini bagi perlawanan Liga Super 2018. Setelah tewas kepada Persija Jakarta pada selasa lalu, The Wounded Tiger sudah pasti mahukan kemenangan bagi mengubati luka yang lara.

    Raul Longhi merehatkan beberapa pemain utama ketika perlawanan menentang Persija. Jadi, sudah pasti beliau akan menurunkan kesebelasan terkuat pasukan berdepan anak-anak buah Datuk K.Rajagopal. Pemain seperti Safiq Rahim, Safawi Rasid dan La’Vere Corbin-Ong sudah pasti akan berada dalam kesebelasan utama.

    Amat penting untuk JDT mengutip kemenangan malam ini untuk menjarakkan kedudukan mereka dengan pasukan PKNS. Ketika ini, JDT berkelebihan 2 mata di hadapan PKNS. Kemenangan malam ini juga akan memastikan mereka terus memimpin carta Liga.

    Bagi pasukan PKNS FC pula, mereka akan turun tanpa khidmat pemain sayap, Mahali Jasuli yang terikat gentleman agreement antara kedua-dua pasukan. Kami merasakan perkara ini sedikit-sebanyak akan mempengaruhi gaya permainan PKNS malam ini kerana Mahali merupakan watak yang sangat penting dalam kesebelasan utama.

    Kami berpendapat sama ada Nurridzuan Abu Hassan atau pemain lain yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mahali. Penting untuk PKNS mengutip kemenangan pada malam ini. Jika mereka berjaya menewaskan JDT, mereka akan menjadi pendahulu baru sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah JDT di laman sendiri selama lebih dari dua musim.

    Walau apa pun, perlawanan malam ini berpotensi untuk menjadi game of the season kerana kualiti pemain yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan. JDT tidak boleh memandang rendah keupayaan PKNS manakala PKNS juga harus menggandakan usaha mereka untuk menewaskan JDT malam ini.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara dua pasukan terbaik dalam negara ketika ini ? Mampukah The Wounded Tiger mengutip kemenangan mutlak malam ini ?

    Atau sang Semut Merah bakal mencipta kejutan besar dengan menewaskan pasukan lawan yang sudah lama tidak tewas di laman sendiri ?

    Baca Juga: Rafael Da Silva Pengganti Luciano Figueroa ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.