• Semenjak membimbing pasukan kebangsaan Filipina layak ke temasya Piala Asia di UAE tahun hadapan, saham Thomas Dooley semakin meningkat naik. Banyak pasukan khususnya dari Asia Tenggara mahukan khidmat beliau sebagai ketua jurulatih. Baru-baru ini, terdapat sumber memberitahu kami ada pasukan dari Liga Malaysia mahukan khidmat beliau.

    Thomas Dooley memperkenalkan diri kepada bola sepak Asia Tenggara pada 2014 apabila beliau mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Filipina. Sebelum itu, beliau menjadi pembantu kepada Jurgen Klinsmann bersama pasukan Amerika Syarikat. Di bawah kendalian Dooley, kita boleh lihat peningkatan yang ketara yang berlaku dalam pasukan The Azkals.

    Dalam kempen kelayakkan Piala Dunia 2018 Zon Asia, Dooley berjaya membimmbing Filipina dengan mengejutkan pasukan seperti Bahrain dan Korea Utara. Filipina berjaya mengutip 10 mata dalam kempen kelayakkan namun tidak cukup untuk membawa mereka mara ke peringkat seterusnya.

    Kejutan Filipina tidak terhenti sekadar disitu. Dooley juga berjaya membimbing Filipina layak ke temasya Piala Asia tahun hadapan. Bukan setakat layak, malah Filipina juga menjadi juara kumpulan F dengan mengatasi pasukan Yemen, Tajikistan dan Nepal. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat luar biasa daripada pasukan Asia Tenggara.

    Menurut sumber tersebut, ada satu pasukan legenda dalam Liga Malaysia mahukan khidmat beliau sebagai ketua jurulatih. Kontrak Dooley bersama Persatuan Bola Sepak Filipina (FFF) telah tamat pada bulan lalu. Jadi, beliau kini bebas untuk menguruskan mana-mana pasukan yang membuat tawaran kepada beliau.

    Menarik untuk kita saksikan bagaimana corak permainan yang akan dibawa oleh Dooley jika beliau menguruskan sebuah pasukan dalam Liga Malaysia. Sama ada beliau akan menggunakan corak permainan yang sama ketika membimbing Filipina layak ke Piala Asia ataupun beliau akan menggunakan corak permainan lain.

    Apa pendapat anda mengenai berita tentang Thomas Dooley yang berada dalam radar sebuah pasukan dalam Liga Malaysia ? Mampukah beliau menghadapi cabaran menguruskan pasukan dalam saingan Liga Malaysia yang sukar ini ?

    Baca Juga: 5 Jurulatih Yang Boleh Menggantikan Ramon Marcote

    Leave a comment

    Your email address will not be published.