• Sejak Tunku Mahkot Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pelbagai nama yang dicadangkan oleh peminat bola sepak negara bagi menggantikan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh TMJ. Baru-baru ini, Tan Sri Tony Fernandes dilihat berminat dengan jawatan tersebut.

    Seorang peminat bertanyakan kepada Tan Sri Tony tentang jawatan presiden FAM. Dan taikun syarikat penerbangan tambang murah, AirAsa itu menjawab dengan jawapan “maybe” atau mungkin.

    Respon yang diberikan oleh Tan Sri Tony nyata menggembirakan peminat bola sepak negara yang mahu melihat beliau memegang tampuk pemerintahan badan induk bola sepak negara tersebut. Peminat merasakan pengalaman dalam bidang perniagaan dan juga menguruskan pasukan Liga Kejuaraan, Queens Park Rangers boleh dimanfaatkan oleh FAM.

    Setakat ini, hanya Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang menunjukkan minat untuk bertanding jawatan presiden dalam kongres FAM yang akan diadakan pada julai nanti. Pintu pencalonan masih lagi terbuka buat calon lain untuk menghantar surat pencalonan mereka.

    Selain Tan Sri Tony Fernandes, Tan Sri Vincent Tan juga menjadi pilihan peminat bola sepak negara untuk mengisi kekosongan jawatan presiden FAM. Sama seperti Tan Sri Tony, Tan Sri Vincent juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan juga menguruskan satu lagi pasukan Liga Kejuaraan, Cardiff City.

    Apa yang kita boleh lihat di sini adalah peminat mahukan seorang presiden baru yang bukan ahli politik dan juga dari kalangan kerabat diraja. Jika kita melihat kepada 3 nama yang telah disebutkan di atas, tiada satu pun daripada mereka yang merupakan ahli politik dan juga kerabat diraja.

    Apa pendapat anda mengenai respon yang diberikan oleh Tan Sri Tony Fernandes mengenai jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ? Dan jika benar beliau menjadi presiden kelak, mampukah beliau membawa perubahan dalam FAM sekaligus membawa era baru kepada badan induk bola sepak negara tersebut ?

    Baca Juga: Yusoff Mahadi Dilantik Sebagai Pemangku Presiden FAM

    Leave a comment

    Your email address will not be published.