Sumber Gambar: Malaymail MALAYMAIL/Azneal Ishak.

Sebelum Pilihan Raya ke-14 diadakan pada 9 Mei, Sayap pemuda Pakatan Harapan (PH) berjanji dalam manifesto mereka untuk menyiarkan perlawanan Liga Perdana Inggeris di Radio Televisyen Malaysia (RTM) jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.

Janji itu adalah antara 10 cadangan yang digelar “Tawaran Pemuda PH” yang dilancarkan oleh sayap pemuda sebelum pilihan raya bermula. Selain Liga Perdana Inggeris, di bawah teras kelima yang memfokuskan kepada sukan, rekreasi dan keseimbangan kehidupan, perjanjian itu juga berjanji untuk membawa Liga Sepanyol dan banyak lagi acara sukan lain untuk disiarkan di saluran RTM.

Sekarang ini, Pakatan Harapan telahpun memenangi Pilihan Raya Umum ke-14. Apa yang peminat bola sepak negara mahukan ialah sayap pemuda Pakatan Harapan tidak melupakan janji yang telah mereka kotakan.

Kita sedia maklum bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang meminati saingan Liga Perdana Inggeris. Malah, jumlah mereka lebih ramai daripada peminat yang meminati saingan Liga Malaysia.

Jika benar Pakatan Harapan mengotakan janji mereka dan menyiarkan saingan Liga Perdana Inggeris di saluran RTM, maka banyak manfaat yang bakal diperoleh oleh para peminat. Seperti contoh mereka tidak perlu membazir duit dengan membayar bil langganan setiap bulan. Seluruh rakyat Malaysia juga dapat menikmati perlawanan EPL di kaca televisyen mereka.

Selain Liga Perdana Inggeris, kami berpendapat Pakatan Harapan juga boleh menayangkan kesemua perlawanan Liga Malaysia seperti Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM di saluran RTM. Ketika ini, hak cipta penyiaran Liga Malaysia didominasi oleh pengeluar perkhidmatan “video on demand”, iFlix dan juga Unifi TV.

Dengan ini, Liga Malaysia akan semakin mendapat tontonan dan juga sambutan daripada rakyat Malaysia sendiri.

Walau apa pun, tiada apa yang dimahukan oleh rakyat Malaysia daripada melihat Pakatan Harapan menunaikan janji mereka. Penting untuk Pakatan Harapan melaksanakan manifesto serta menunaikan janji mereka supaya rakyat menilai PH sebagai sebuah kerajaan yang telus dan tidak hanya menabur janji kosong saja.

Baca Juga: Iflix Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2018

Leave a Reply