Sumber Gambar: Sinar Harian

Pasukan Perak sedang berada dalam prestasi terbaik dalam saingan Liga Super ketika ini. Mereka menduduki tangga kedua dengan dua mata mengatasi pasukan Pahang dan lima mata di belakang Johor Darul Ta’zim. Kecemerlangan Perak ini dibantu oleh kecemerlangan barisan serangan yang diisi oleh Misagh Bahadoran, Wander Luiz, Gilmar Da Silva dan Nor Hakim Hassan.

Penulis berpendapat Nor Hakim, Wander Luiz dan Gilmar beraksi dengan cemerlang di bahagian serangan. Ketiga-tiga pemain ini membentuk satu gandingan yang sangat mantap. Namun penulis merasakan seorang lagi pemain serangan iaitu Misagh Bahadoran perlu meningkatkan prestasi beliau.

Misagh masih lagi belum menjaringkan sebarang gol buat pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia setakat ini. Jangankan gol, tiada sebarang assist yang berjaya disumbangkan oleh Misagh buat rakan-rakan sepasukan.

Persembahan Misagh ini jauh berbeza dengan pemain serangan tempatan iaitu Nor Hakim Hassan. Hakim setakat ini berjaya menyumbang satu gol dalam saingan Piala FA dan bermain dengan sangat baik di bahagian kiri pasukan.

Manakala bagi dua lagi pemain serangan iaitu Wander Luiz dan Gilmar Da Silva, kedua-dua pemain ini berjaya menjaringkan 11 gol diantara mereka. Menjadikan gandingan paling berbahaya dalam saingan Liga Super setakat ini.

Penting untuk Misagh segera menunjukkan aksi terbaik beliau di bahagian serangan pasukan. Perak tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap Nor Hakim, Wander Luiz dan Gilmar untuk mencari jaringan. Misagh perlu memainkan peranan dengan membantu ketiga-tiga pemain ini.

Jika gagal berbuat demikian, berkemungkinan besar Perak akan mencari pemain Asean lain bagi menggantikan beliau. Apatah lagi pasukan Perak ketika ini sedang berada di kedudukan kedua dalam carta Liga Super. Jadi sudah pasti mereka mahu mengekalkan rentak cemerlang tersebut dan tidak mahu keciciran mata.

Apa pendappat anda mengenai prestasi semasa Misagh Bahadoran di bahagian serangan pasukan Perak ? Adakah prestasi beliau setakat ini boleh dikatakan memuaskan ? Atau pengurusan pasukan Perak perl mencari pemain lain yang lebih efektif berbanding Misagh ?

Baca Juga: Trio Samba Menjadi Nadi Utama Pasukan Perak

Leave a Reply