• Pada perlawanan menentang pasukan Perak dalam saingan Liga Suer 2018 semalam, Melaka United memberikan tiket percuma kepada pemnat untuk hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Di sini penulis mempunyai pertanyaan. Ada udang disebalik tiket ke ?

    Ini bukan kali pertama pasukan Melaka memberikan tiket percuma kepada peminat mereka. Ketika menjadi juara Liga Perdana pada 2016, pada perlawanan terakhir Liga ketika menentang Sime Darby FC, mereka memberikan tiket percuma kepada para peminat. Hampir penuh stadium masa tu.

    Pemberian tiket percuma ini nyata menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak negara. Ada yang menganggap perkara tersebut sebagai kelakar. Ada juga yang mengkritik tindakan pengurusan Melaka United tersebut.

    Menurut penulis, ada tujuan mengapa pengurusan pasukan Melaka United memberikan tiket percuma kepada peminat. Salah satu tujuannya adalah mahu menarik lebih ramai peminat ungtuk datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan pasukan Melaka.

    Satu lagi sebab ialah presiden Melaka United Soccer Association (MUSA),Datuk Seri Idirs Harun mahu menunjukkan kasih sayang beliau kepada pasukan dan juga peminat Melaka United. Ataupun sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang setia menyokong pasukan Melaka United.

    Dan sebab yang terakhir adalah kerana musim pilihan raya. Kita sedia maklum bahawa presiden Melaka United Soccer Association (MUSA) ialah seorang ahli politik. Jadi pandai-pandailah anda memikirnya.

    Walau apa pun, penulis juga tidak pasti apa faktor disebalik tiket percuma yang diberikan pasukan Melaka United ini. Apa yang pasti, trend ini tidak boleh sentiasa berlaku kerana ianya boleh menjejaskan pendapatan pasukan.

    Ya penulis faham pasukan anda sebuah pasukan yang mampu dari segi kewangan. Cuma trend pemberian tiket percuma ini adalah satu tren lama yang tidak menguntungkan pasukan. Kita harus ingat, kantung pasukan ialah perkara nombor satu yang harus diberi perhatian oleh pengurusan pasukan dan juga peminat.

    Baca Juga: Melaka United Destinasi Seterusnya Buat Khairul Fahmi Che Mat

    Leave a comment

    Your email address will not be published.