• Pasukan PKNS FC sedang berada dalam prestasi terbaik dalam saingan Liga Super ketika ini. Mereka menduduki tangga keempat dengan perolehan 17 mata. Dua mata mengatasi pasukan Terengganu FC. Dan baru-baru ini, PKNS dikhabarkan mahu membawa masuk bekas pemain import mereka iaitu Gabriel Guerra.

    Nama Guerra bukanlah asing lagi dalam saingan Liga Malaysia terutamanya kepada PKNS FC. Guerra pernah mewakili PKNS selama dua musim iaitu musim 2015 hingga 2016 sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta’zim.

    Bersama JDT, Guerra berjaya memenangi kejuaraan Liga Super musim 2017 dan juga Piala Malaysia apabila JDT berjaya menewaskan Kedah di perlawanan akhir. Setelah membantu JDT meraih dua gelaran, Guerra pulang ke Argentina dengan menyertai Boca Juniors.

    Khabar mengenai PKNS yang berminat dengan khidmat Guerra ini disahkan sendiri oleh Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid. Mahfizul mengatakan bahawa pasukan sedang mencari jalan untuk memantapkan pasukan. Dan salah satunya ialah membuat pertukaran pemain import. Mahfizul juga memberi sebab mengapa pasukan manghubunhi Guerra kerana beliau mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

    Adakah PKNS perlukan khidmat Gabriel Guerra? Kami merasakan tidak perlu. Ketika ini, pemain import PKNS di bahagian serangan iaitu Rafael Ramzotti dan Faris Ramli menunjukkan satu persembahan serta prestasi yang sangat baik.

    Kedua-dua pemain ini berjaya menjaringkan empat gol dalam saingan Liga. Satu pencapaian yang menurut kami memuaskan.

    Akan tetapi, jika mereka tetap mahukan khidmat Guerra, kami melihat pemain yang akan digugurkan ialah sama ada Rafael Ramazotti ataupun salah satu daripada dua pemain tengah iaitu Jonathan Acosta dan Romel Morales.

    Apabila salah seorang pemain tengah digugurkan dan PKNS mengambil khidmat Guerra, maka beliau akan diturunkan di samping Ramazotti dan Faris Ramli.

    Walau apa pun, kami berharap pasukan PKNS menilai terlebih dahulu prestasi pemain import sedia ada dan jangan mengambil keputusan secara terburu-buru.

    Apa pendapat anda mengenai khabar yang mengatakan bahawa PKNS FC mahukan khidmat Gabriel Guerra? Adakah Guerra pemain yang sesuai dengan corak permainan semasa PKNS FC?

    Baca Juga: Jangan Lupa Dengan Manifesto Anda!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.