• Teka-teki mengenai bekas penyerang Selangor, Paulo Rangel yang dikhabarkan semakin hampir menyertai pasukan Keedah masih lagi belum terungkai. Sampai sekarang tiada berita mengenai ketibaan beliau untuk menandatangani kontrak bersama pasukan Kedah. Jike perkara ini berterusan, kami berpendapat penyerang muda Kedah, Akhyar Rashid akan menjadi pilihan utama baggi memimpin bahagian serangan pasukan.

    Akhyar diletakkan sebagai penyerang utama ketika Kedah menewaskan Negeri Sembilan tempoh hari. Beliau berjaya menunjukkan persembahan yang cemerlang dengan larian pantas serta gelecekkan beliau. Akhyar juga berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut.

    Mengapa kami memilih Akhyar sebagai penyerang utama Kedah jika tiada kata putus mengenai Rangel ialah hanya Akhyar saja yang dilihat sesuai untuk diletakkan di kedudukan tersebut. Penyerang import, Pablo Pallares dilihat sudah tidak menjadi pilihan Nidzam Adha. Manakala bagi Sandro pula, beliau dilihat lebih menyerlah sebagai pemain nombor 10.

    Kedah juga tidak akan berdepan masalah jika meletakkan Akhyar di posisi tersebut. Pemain muda ini mampu untuk bermain di pelbagai posisi di bahagian serangan. Perkara ini juga telah terbukti ketika Kedah menewaskan Negeri Sembilan. Jadi mereka hanya perlu mengekalkan prestasi semasa.

    Kami juga berpendapat Nidzam Adha patut mengekalkan barisan serangan ketika mereka mengutip kemenangan pada perlawanan terakhir Liga. Kedah dilihat sudah menemui rentak sebenar di bahagian serangan setelah mereka sedikit bergelut pada awal musim ini.

    Walau apa pun, ketibaan Paulo Rangel sememangnya dinanti oleh peminat Kedah bagi menggantikan Pablo Pallares bagi mengisi posisi penyerang utama pasukan. Jika Rangel tiba sedikit lambat, peminat tidak perlu risau kerana ada Akhyar disitu sebagai pilihan utama di bahagian serangan.

    Apa pendapat anda sekiranya Akhyar Rashid diletakkan di posisi penyerang utama pasukan Kedah ? Mampukah anak muda ini untuk mengekalkan prestasi semasa beliau ?

    Baca Juga: Posisi Mana Yang Seesuai Buat Akhyar Rashid

    Leave a comment

    Your email address will not be published.