• Setelah melepaskan Nik Shahrul Azim yang telah memyertai pasukan PKNS FC, pasukan Kelantan telah membawa masuk pengganti beliau untuk mengukuhkan benteng pertahanan pasukan. Pemain tersebut ialah pemain import berasal daei Tunisia. Nama pemain tersebut adalah Alaeddine Bouslimi.

    Pemain import berusia 28 tahun ini telah bermain di Liga Tunisia sejak beliau menginjak masuk ke dalam dunia bola sepak profesional. Alaeddine telah mewakili 5 kelab Tunisia yang berbeza sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan Kelantan.

    Antara pasukan yang pernah diwakili oleh Alaeddine ialah Club Africain, Stade Tunisien, EGS Gafsa dan CS Hammam-Lif.

    Sepanjang beliau bermain di Liga Tunisia, Alaeddine tidak pernah kekal melebihi daripada satu musim bersama pasukan yang diwakili beliau.

    Kedatangan Alaeddine dijangka bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Nik Shahrul Azim di bahagian pertahanan tengah. Beliau bakal digandingkan dengan seorang lagi pemain import iaitu Cassio De Jesus bagi memantapkan kubu pertahanan pasukan.

    Apa yang haru dilakukan oleh Alaeddine ialah segera menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh Fajr Ibrahim. Beliau juga perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran bola sepak Malaysia kerana ini kali pertama beliau bermain di luar negara.

    Selain itu, Alaeddine juga perlu membentuk satu gandingan mantap bersama Cassio bagi memastikan benteng pertahanan pasukan Kelantan tidak mudah untuk dibolosi. Apatah lagi, pasukan Kelantan sedang berada dalam zon penyingkiran. Jadi mereka tidak boleh membuat sebarang kesilapan di bahagian pertahanan.

    Apa yang pasti, peminat harus memberi sokongan dan juga peluang kepada Alaeddine untuk membuktikan bahawa beliau mampu untuk bermain dengan baik di bahagian pertahanan.

    Apa pendapat anda mengenai keputusan pasukan Kelantan untuk membawa masuk Alaeddine Bouslimi bagi menggantikan Nik Shahrul Azim? Adakah beliau pemain yang sesuai untuk menjadi benteng pasukan Kelantan?

    Baca Juga: Satu Kehilangan Besar Buat Pasukan Kelantan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.