• Pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) telah mengumummkan bahawa jendela perpindahan kedua Liga Malaysia akan dibuka pada 7 Mei minggu hadapan. Tarikh tersebut seminggu lebih awal daripada tarikh yang diumumkan pada awal musim ini.

    Pada awal musim ini, MFL mengumumkan bahawa jendela perpindahan kedua akan dibuka pada 14 Mei hingga 10 Jun. Anda boleh rujuk gambar di bawah.


    Sumber Gambar: MFL

    Jendela yang diawalkan ini nyata menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan peminat. Ada yang menyambut baik perkara tersebut. Ada juga yang menyiifatkan jendela yang diawalkan ini bertujuan untuk memberi kepada kelebihan kepada sesuatu pasukan.

    Tindakan MFL ini juga mengundang kritikan daripada segelintir peminat bola sepak negara kerana tiada pengumuman rasmi tentang perkara ini. MFL hanya mengumumkan melalui satu postingan gambar di laman media sosial mereka.

    MFL juga tidak memberitahu kepada para peminat mengapa mereka membuka jendela perpindahan seminggu lebih awal daripada yang ditetapkan. Sebagai pengelola Liga Malaysia dan badan profesional, mereka sepatutnya memberi sebab kenapa sesuatu perkara itu dilakukan atau diubah.

    Bukannya mengumumkan secara membabi-buta tanpa memberitahu kepada para peminat. Ini membuatkan para peminat meragui tahap profesionalisma mereka setelah pelbagai kejadian yang berlaku sebelum ini.

    Penulis berharap selepas ini Malaysia Football League akan lebih profesional dan lebih terbuka jika mengumumkan sesuatu perubahan atau mengumumkan sesuatu perkara. Ini untuk memastikan para peminat tidak mempunyai tanggappa yang negatif terhadap mereka. Apa yang peminat mahukan hanyalah MFL bersikap profesional dan lebih terbuka.

    Sempena jendela perpindahan kedua yang akan dibuka minggu hadapan, penulis juga berharap agar pasukan yang bersaing dalam saingan Liga Malaysia berbelanja dengan hemah dan mengikut kemampuan.

    Kita sudah pasti tidak mahu ada pasukan yang berbelanja melebihi kemampuan dan kemudiannya mereka mengabaikan tanggungjawab mereka keppada para pemain dan juga pegawai pasukan.

    Baca Juga: Kalau Tak Boleh Kritik, Macam Mana Nak Maju ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.