• Barisan muda Kelantan gagal untuk mengulangi persembahan seperti minggu lalu apabila mereka gagal untuk menghalang Kelantan daripada tewas di tangan PKNP FC dengan keputusan 2-0 semalam. Dua jaringan daripada Hafiz Ramdan dan Ritus Krjauklis sudah cukup untuk menunda kemenangan pertama Fajr Ibrahim bersama Kelantan.

    Pemain muda Kelantan berjaya menampilkan persembahan yang baik pada 20 minit pertama perlawanan dengan beberapa percubaan ke arah pintu gol PKNP FC. Namun, ada satu kelemahan yang berjaya dimanfaatkan oleh pasukan lawan. Ketika situasi serangan balas, pemain Kelantan lambat untuk turun ke bawah bagi mengekang gerakan tersebut.

    Barisan pertahanan Kelantan pada perlawanan semalam juga sedikit mengecewakan. Shahrel Fikri dan Yeon Gi-sung dilihat mudah untuk melepasi benteng pertahanan. Mujur ada penjaga gol muda, Fikri Che Soh yang beraksi dengan baik meskipun dibolosi dua gol pada separuh masa pertama.

    Bagi pasukan PKNP FC pula, pujian harus diberikan kepada ketua pasukan mereka iaitu Shahrel Fikri Fauzi yang berjaya mengemudi barisan serangan dengan sangat baik. Gerakan dari sebelah kanan terutamanya berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan.

    Selain barisan serangan PKNP yang beraksi dengan baik, barisan pertahanan PKNP juga berjaya menghalang segala gerakan serangan yang dirancang oleh pemain muda Kelantan. Penjaga gol PKNP , Ahmad Asyraf Omar cemerlang dengan menafikan beberapa percubaan khususnya dari Mohammed Ghaddar dan Nik Akif Syahiran.

    Kekalahan semalam nyata membantutkan hasrat Fajr Ibrahim untuk mengutip kemenangan pertama sebagai pengendali pasukan. Beliau perlu segera mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kesilapan semalam tidak berlaku lagi dan Kelantan mula mengutip kemenangan.

    Bagi anak-anak buah Abu Bakar Fadzim, apa yang perlu dilakukan adalah mengekalkan rentak semasa pada perlawanan akan datang. Kami berpendapat pasukan ini mempunyai potensi untuk mengejutkan pasukan besar jika mereka mengekalkan corak permainan seperti semalam.

    Apa pendaat anda mengenai kekalahan pasukan Kelantan semalam ? Adakah kegagalan barisan muda Kelantan menyebabkan mereka mereka tidak mampu untuk menewaskan barisan muda PKNP FC ?

    Baca Juga: Barisan Muda Kelantan Tiak Bernasib Baik

    Leave a comment

    Your email address will not be published.