• Selangor sejali lagi gagal untuk mencipta kemenangan apabila tewas kepada pasukan Kedah dalam perlawanan Liga Super 2018 semalam. Kealpaan barisan pertahanan sekali lagi mengecewakan pasukan bimbingan Nazliazmi Nasir ini sekaligus membuatkan mereka kekal berada di tangga kesembilan.

    Sebelum perlawanan semalam, bahagian pertahanan Selangor dilihat sudah mengalami sedikit peningkatan. Walaupun melepaskan gol, namun mereka berjaya mengurangkan kesilapan dan lebih berdisiplin berbanding sebelumnya.

    Akan tetapi, mereka gagal untuk mengekalkan rentak tersebut pada perlawanan semalam dengan membuat kesilapan demi kesilapan. Yang paling ketara adalah pertahanan kiri Selangor yang diisi oleh K.Kannan. Pertahanan kiri Selangor bagaikan lubuk keemasan bagi pasukan Kedah kerana setiap kali mereka menyerang bahagian tersebut, pasti akan mendatangkan bahaya bagi pasukan Selangor.

    Sepanjang musim ini, sememangnya barisan pertahanan menjadi isu utama pasukan Selangor. Mereka bagaikan tiada jawapan kepada masalah ini. Kami berpendapat pada perlawanan akan datang, Nazliazmi boleh mencuba gandingan full back yang baru bagi megelakkan kesilapan semalam berulang lagi pada perlawanan akan datang.

    D.Kugan dan Syahmi Safari boleh diletakkan sebagai sebagai pertahanan kiri dan kanan. K.Kannan dan A.Namathevan boleh direhatkan dahulu bagi memberikan laluan kepada Kugan dan juga Syahmi.

    Bagi pasukan Kedah pula, kemenangan semalam membuatkan mereka berada dekat dengan pasukan Perak yang berada di tangga kedua. Kedah juga berkongsi mata dengan dua lagi pasukan iaitu pasukan Terengganu FC dan juga Pahang.

    Penyerang import baru Kedah, Paulo Rangel dilihat berjaya menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh Nidzam Adha. Walaupun tidak berjaya menjaringkan gol, namun Rangel berjaya mencipta ancaman dengan beberapa percubaan ke arah gawang Selangor.

    Apa yang pasti, Selangor perlu segera menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan jika mereka mahu bangkit dalam perlawanan seterusnya. Nazliazmi perlu mempunyai perancangan dan melakukan perubahan ke atas barisan pertahanan ini.

    Apa pendapat anda mengenai kekalahan pasukan Selangor ke atas pasukan Kedah semalam? Mampukah mereka bangkit pada perlawanan seterusnya?

    Baca Juga: Peluang Paulo Rangel Buktikan Kemampuan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.