• Pasukan Perak akan menghadapi adik mereka iaitu PKNP FC dalam perlawanan Liga Super 2018 malam ini. Setelah menyingkirkan pemain import Asean, Misagh Bahadoran yang dilihat gagal untuk mempamerkan prestasi terbaik, kami berpendapat Mehmet Durakovic boleh memberi peluang kepada pemain tempatan seperti Nazrin Nawi bagi mengisi kekosongan tersebut.

    Misagh sememangnya menjadi sasaran kritikan peminat Perak kerana beliau tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik sepanjang bersama pasukan. Berbeza dengan pemain import yang lain, Misagh gagal untuk menjaringkan gol dan juga menyumbang assist buat pasukan.

    Pemain tempatan seperti Nazrin Nawi dilihat calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Misagh. Musim lalu, Nazrin menjadi pilihan utama untuk diturunkan dalam posisi sayap.

    Akan tetapi musim ini, peluang beliau untuk tampil dalam kesebelasan utama terhad dengan adanya Nor Hakim Hassan dan Misagh Bahadoran.

    Dengan adanya Nazrin Nawi, kami merasakan Perak tidak perlu untuk membawa masuk seorang lagi pemain import bagi menggantikan Misagh. Letak saja kepercayaan di bahu pemain tempatan. Ini juga membantu pasukan untuk menjimatkan sedikit perbelanjaan.

    Seorang lagi pemain yang boleh diletakkan di posisi sayap kanan ialah Khairil Anuar atau yang lebih mesra dipanggil Beto. Selain boleh beraksi di bahagian tengah, Beto juga mampu untuk bermain di posisi sayap.

    Dengan adanya Nazrin dan juga Beto, maka akan ada persaingan yang sihat diantara kedua-dua pemain bagi memperebutkan posisi sayap kanan ini. Mehmet juga bakal mempunyai pilihan yang lebih luas.

    Walau apa pun, Perak wajib untuk mengutip tiga mata penuh bagi merampas semula tempat kedua dalam carta Liga yang ketika ini diduduki oleh pasukan Pahang. Jika melihat dari segi pemain, Perak dilihat tidak akan berdepan masalah untuk menewaskan adik mereka malak ini.

    Apa pendapat anda mengenai posisi sayap kanan pasukan Perak? Siapa yang layak untuk mengisi posisi tersebut? Adakah Nazrin Nawi calon yang sesuai? Atau Beto calon yang lebih ideal?

    Baca Juga: Perak Bergelut Tanpa Gilmar

    Leave a comment

    Your email address will not be published.