• Pasukan bawah 19 tahun negara bimbingan Bojan Hodak diletakkan di Kumpulan D temasya AFC Bawah 19 Tahun yang akan berlangsung pada 18 Oktober hingga 4 November 2018 di Indonesia. Satu cabaran getir menanti pasukan muda negara dalam temasya tersebut.

    Bersamw-sama pasukan negara dalam kumpulan D ialah pasukan Arab Saudi, China dan Tajikistan. Ancaman utama dalam kumpulan ini sudah semestinya pasukan Arab Saudi yang pernah memenangi temasya tersebut pada tahun 1986 dan 1992.

    Satu lagi pasukan yang boleh diambil kira sebagai ancaman ialah pasukan China yang pernah menjadi juara pada edisi 1985. Tajikistan juga tidak boleh dipandang remeh oleh anak-anak buah Bojan Hodak.

    Pada edisi 2016, Tajikistan berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir. Jadi pemain muda negara perlu memberikan sepenuh perhatian mereka bagi mengutip mata dalam saingan kumpulan D ini.

    Penting untuk pasukan muda negara melangkah ke peringkat separuh akhir kerana empat pasukan terbaik dalam temasya ini akan mendapat peluang untuk mewakili benua Asia di Piala Dunia bawah 20 tahun yang akan berlangsung di Poland tahun hadapan.

    Harapan utama negara bagi mengutip keputusan positif dalam temasya kali ini akan terletak di bahu pemain serangan negara.

    Besar kemungkinan pemain serangan seperti Akhyar Rashid, Hadi Fayyadh dan Nik Akif Syahiran akan mengisi barisan serangan pasukan bawah 19 tahun negara. Manakala Zafuan Azeman akan bersedia di bangku simpanan.

    Walau apa pun, temasya ini merupakan satu peluang yang sangat baik untuk anak-anak muda negara mencipta sejarah dengan layak ke temasya Piala Dunia bawah 20 tahun di Poland tahun hadapan.

    Apa yang perlu dilakukan ialah menumpukan sepenuh perhatian dan memberikan cabaran yang sengit kepada lawan dalam saingan kumpulan.

    Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan bawah 19 tahun negara dalam temasya AFC bawah 19 tahun di Indonesia kelak? Mampukah pemain muda negara mencipta sejarah?

    Baca Juga: 5 Pemain Bawah 20 Tahun Yang Mampu Menggegar Liga Malaysia

    Leave a comment

    Your email address will not be published.