• Dalam senyapp pasukan Perak mendaki tinggi dalam saingan Liga Super apabila mereka menduduki tangga kedua dalam carta Liga setelah menewaskan pasukan Terengganu FC semalam. Dengan kemenangan semalam, Perak mengambil alih kedudukan Pahang di tangga kedua.

    Satu faktor saja yang menjadi penyumbang besar kepada kejayaan pasukan Perak semalam. Barisan serangan yang sangat berbahaya dan juga sentiasa memberikan asakan ke kubu pertahanan Terengganu. Wander Luiz dan Gilmar sambil dibantu oleh Nor Hakim Hassan dan Misagh Bahadoran dari sebelah tepi dilihat sukar untuk dihalang.

    Akan tetapi, kelekaan di bahagian pertahanan sedikit-sebanyak menyebabkan pasukan Terengganu berjaya menjaringkan dua gol masing-masing satu gol pada separuh masa pertama dan kedua. Kami berpendapat gol kedua Terengganu boleh dielak sekiranya penjaga gol, Hafizul Hakim tidak mengasari Kipre Tchetche di dalam kotak pennalti.

    Bagi pasukan Terengganu FC pula, percaturan mereka semalam dilihat tidak menjadi apabila semua bahagian dilihat tidak berfungsi dengan baik. Paling ketara adalah di bahagian pertahanan apabila pemain serangan pasukan Perak mudah untuk menembusi mereka.

    Selain itu, barisan serangan juga tidak berfungsi dengan baik walaupun Kipre Tchetche kembali mewarnai kesebelasan utama. Kami berpendapat Lee Tuck diletakkan terlalu dalam di bahagian tengah dan beliau tidak dapat untuk membantu bahagian serangan Terengganu FC.

    Apa yang pasti, Perak menjadi pasukan yang perlu diberikan perhatian setelah mereka menunjukkan prestasi yang baik setakat ini. Memang sesuai gelaran untuk pasukan Perak iaitu Silent Killers kerana siapa sangka Perak mendaki sehingga menduduki tangga kedua.

    Walau apa pun, kekalahan semalam membuatkan pasukan Terengganu FC semakin jauh daripada kelompok tiga pasukan terbaik dalam saingan Liga. Mereka perlu segera mengutip kemenangan untuk memastikan jarak mereka tidak terlalu jauh daripada pasukan Johor Darul Ta’zim, Perak dan juga Pahang.

    Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Perak ke atas Terengganu FC semalam ? Mampukah mereka mengekalkan rentak cemerlang ini pada perlawanan akan datang ?

    Baca Juga: Trio Samba Hukum Kelekaan Kuala Lumpur

    Leave a comment

    Your email address will not be published.