• Pasukan Melaka United mengumumkan bekas ketua jurulatih PKNS FC, E.Elavarasan sebagai ketua jurulatih mereka yang baru bagi menggantikan Eduardo Almeida yang direhatkan sebelum ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Melaka United di laman media sosial mereka.

    Setelah hanya mampu mengutip tiga kemenangan dalam saingan Liga Super setakat ini, nampaknya pengurusan Melaka sudah hilang sabar dengan Eduardo Almeida. Kemuncaknya adalah ketika pasukan Melaka United menentang Perak dalam saingan Liga minggu lalu, kelibat Almeida tidak kelihatan di bangku simpanan.

    Di sini, kami melihat pelantikan E.Elavarasan adalah satu langkah tepat yang diambil oleh pengurusan pasukan Melaka United. Beliau antara jurulatih paling berpengalaman dalam saingan Liga Malaysia disamping B.Sathianathan dan juga Irfan Bakti.

    Antara pencapaian terbaik Elavarasan dalam saingan Liga Malaysia ialah beliau berjaya membimbing Felda United menjuarai Liga Perdana pada musim 2010 dan membimbing PKNS FC mara ke perlawanan akhir Piala FA edisi 2016 dimana PKNS FC tewas di tangan Johor Darul Ta’zim.

    Walaupun koleksi kejuaraan yang dimiliki Elavarasan tidak sehebat jurulatih senior yang lain, namun pengalaman yang dimiliki beliau boleh dimanfaatkan oleh pasukan Melaka untuk bangkit dalam saingan Liga. Ketika ini, Melaka United menghuni tangga kesepuluh dengan perolehan 10 mata. Satuu kedudukan yang bahaya apatah lagi pasukan Kelantan ketika ini sudah mula kembali ke prestasi terbaik mereka.

    Satu tugas besar menanti Elavarasan untuk menyelamatkan pasukan Melaka United daripada terjerumus ke kedudukan tercorot dalam carta Liga Super. Aa yang kami lihat disini ialah berkemungkinan besar E.Elavarasan akan membawa satu atau dua pemain import pilihan beliau untuk menggantikan pemain sedia ada yang tidak bernasib baik.

    Apa pendappat anda mengenai pelantikan E.Elavarasan sebagai ketua jurulatih baru pasukan Melaka United bagi menggantikan Eduardo Almeida ? Mampukah beliau membimbing Melaka United untuk kembali mengutip kemenangan dengan segera ?

    Atau E.Elavarasan memerlukan sedikit masa untuk menerapkan corak permainan yang beliau mahukan ke atas pasukan Melaka ?

    Baca Juga: Eduardo Almeida Direhatkan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.