• Kurang 48 jam daripada meletak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Kelantan, Fajr Ibrahim membuat pusingan U sebenttar tadi apabila menarik balik keputusan beliau dan mahu kekal untuk terus membimbing pasukan. Nampaknya penangan kak Bibi menjadi.

    Fajr membuat keputusan tersebut setelah berbincang dengan presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebentar tadi. Menurut laporan Arenastar.net, Bibi Ramjani juga berjanji untuk memberi sepenuh sokongan kepada Fajr untuk terus membimbing pasukan dan mula mengutip kemenangan.

    Bibi juga memberi jaminan Fajr mempunyai kuasa mutlak untuk menjalankan tugas beliau sebagai ketua jurulatih dan tidak akan membenarkan sesiapa untuk mengganggu kerja Fajr kecuali beliau selaku presiden persatuan

    Selepas membuat pusingan U, Fajr menjelaskan mengapa beliau bertindak untuk meletak jawatan. Ini kerana hanya presiden saja yang memberikan sokongan penuh kepada beliau manakala yang lain menentang beliau dan juga presiden. Penulis nak tahu siapa yang lain tu.

    Tambah Fajar lagi, individu lain dalam pengurusan mahukan Bibi Ramjani untuk meletak jawatan sebagai presiden persatuan. Namun, Bibi tidak berbuat demikian kerana beliau seorang wanita yang kuat sepperti Wonder Woman. Tidak cukup dengan itu, Fajr juga memberitahu ada individu dalam pengurusan mahukan pasukan Kelantan untuk berada di tangga tercorot.

    Jika benar apa yang dikatakan Fajr itu, maka pasukan Kelantan sekarang ini berdepan dengan satu masalah yang sangat serius. Dalam pengurusan pasukan ketika ini terdapat parasit yang boleh menjahanamkan pasukan dari dalam secara perlahan-lahan.

    Presiden Kafa harus mencari dan mengenal pasti siapa yang dimaksudkan oleh Fajr itu. Bibi Ramjani tidak boleh berdiam diri kerana jika beliau membenarkan perkara ini berterusan, pasukan tidak akan bergerakke hadapan dan akan semakin jauh ketinggalan serta mengalami kejatuhan.

    Penulis berpendapat keputusan Fajr menarik balik peletakkan jawatan beliau adalah satu perkara yang baik kerana beliau sedang dalam proses untuk menaikkan semula pasukan Kelantan menggunakan khidmat pemain muda.

    Apa pendapat anda mengenai pusingan U yang dibuat oleh Fajr ini? Adakah anda bersetuju ?

    Baca Juga: Ada Tangan Ghaib Kacau Fajr Ibrahim

    Leave a comment

    Your email address will not be published.