• Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Gonzalo Cabrera sekali lagi menjadi watak utama pasukan apabila berjaya menjaringkan dua gol ketika JDT menewaskan Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super semalam.

    Pada perlawanan semalam, jelas dikuasai oleh pasukan tuan rumah apabila mereka melancarkan gerakan serangan yang bertubi-tubi terhadap barisan benteng Negeri Sembilan. Walaupun pada awalnya barisan serangan JDT dilihat mengalami kesulitan untuk memecahkan benteng, namun akhirnya mereka berjaya juga menjaringkan gol.

    Pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera sekali lagi menjadi watak utama pasukan dikala pemain import lain di bahagian serangan iaitu Harry Novillo dan Jorge Santos Silva dilihat bergelut untuk mencari jaringan. Larian Cabrera dari sebelah kiri nyata menyukarkan pemain pertahanan Negeri Sembilan untuk mengawal beliau.

    Sumber Video: Match Sport Day

    Bagi pasukan Negeri Sembilan pula, mereka nyata tiada idea tentang bagaimana untuk cuba menyerang kubu pasukan tuan rumah semalam. Barisan serangan Negeri Sembilan yang diketuai Angel Guirado nyata tumpul dan tidak memberikan ancaman kepada benteng pertahanan JDT.

    Selain jentera serangan yang tidak berfungsi, benteng pertahanan Negeri Sembilan juga tidak ada bezanya. Mereka memberi terlalu banyak ruang kepada barisan serangan lawan untuk masuk dan membuat percubaan.

    Kemenangan JDT semalam membolehkan mereka berada lapan mata di hadapan pasukan Perak yang menduduki tangga kedua dan sepuluh mata di hadapan pasukan Pahang, Terengganu FC dan Kedah. Ini menyukarkan lagi untuk pasukan dibelakang mengejar mereka.

    Bagi pasukan bimbingan Mario Lemos pula, kekalahan ini membuatkan Negeri Sembilan masih lagi menduduki tangga tercorot Liga. Mereka perlu segera kembali mengutip kemenangan jika tidak mahu ditinggalkan oleh pasukan lain yang semakin berada jauh dengan mereka.

    Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim ke atas Negeri Sembilan semalam ? Adakah masih ada peluang untuk pasukan lain mengejar JDT ?

    Dan mampukah Negeri Sembilan bangkit dengan mencipta kemenangan pada perlawanan akan datang ?

    Baca Juga: Gonzalo Cabrera, The Unsung Hero Johor Darul Ta’zim

    Leave a comment

    Your email address will not be published.