• Ketua jurulatih Kelantan, Fajr Ibrahim meletak jawatan sebentar tadi setelah pasukan Kelantan tewas kepada pasukan PKNP FC 2-0 dalam perlawanan Liga Super 2018 semalam. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) belum lagi mengesahkan perkara ini namun di media sosial sudah kecoh tentang perkara ini.

    Peletakkan jawatan Fajr ini nyata mengejutkan peminat bola sepak negara dan peminat pasukan Kelantan khususnya. Mana tak terkejut, sudah banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Fajr ke atas pasukan Kelantan. Dari peraturan yang ditetapkan kepada penggunaan pemain, memang banyak perubahan yang dialami oleh pasukan Kelantan dalam dua bulan kebelakangan ini.

    Namun, perubahan yang paling mendapat sorotan ialah keputusan beliau yang tidak menyenaraikan dua pemain senior pasukan iaitu Badhri Radzi dan Khairul Fahmi Che Mat dalam perancangan pasukan sehinggakan kedua-dua pemain ini terpaksa keluar dan mencari pasukan lain.

    Sebab utama mengapa Fajr meletak jawatan ini masih lagi menjadi tanda tanya. Kita sedia maklum bahawa hubungan Fajar bersama presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan dilihat baik apabila Bibi Ramjani juga memberi sokongan penuh kepada keputusan Fajr yang tidak mahukan khidmat Apek dan juga Piya dengan melepaskan kedua-dua pemain ini.

    Sebelum Fajr Ibrahim datang, Kelantan telah menggunakan khidmat dua jurulatih iaitu Sathit Bensoh dan Yusri Che lah. Sathit dipecat hanya selepas tiga perlawanan apabila pasukan Kelantan ketika ini tidak mencapai prestasi yang baik. Yusri kemudiannya mengambil alih tugas sebagai jurulatih.

    Walaupun dilihat ada peningkatan, namun pengurusan pasukan memutuskan untuk membawa masuk Fajr bagi mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih berbanding memberi peluang kepada Yusri. Namun, selepas tiga perlawanan, Fajr memutuskan untuk meninggalkan pasukan.

    Apa yang pasti, kita harus menunggu sidang media daripada presiden KAFA sendiri bagi menjelaskan perkara ini. Sama ada Fajr meletak jawatan secara rela hati ataupun ada makhluk ghaib yang mengganggu beliau ketika menguruskan pasukan.

    Setelah sembilan perlawanan Liga, Kelantan akan diuruskan oleh empat jurulatih berbeza. Dahsyat mereka ni. Chelsea pun tak macam ni

    Baca Juga: Garangnya Fajr Ibrahim Ni

    Leave a comment

    Your email address will not be published.