• Sebaik saja jendela perpindahan kedua dibuka isnin lalu, sudah ada pasukan yang melakukan perubahan terhadap senarai import mereka. Namun, berbeza dengan pasukan Kelantan. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan menyatakan bahawa pasukan hanya mau mengekalkan Cassio De Jesus sebagai pemain import pasukan.

    Tambah Bibi, KAFA sudahpun menghantar permohonan kepada Malaysia Football League (MFL) untuk mengangkat hukuman sekatan perpindahan yang dikenakan ke atas mereka. Ini kerana mereka telah melepaskan dua pemain import iaitu Ferdinand Sinaga dan Bruno Lopes.

    Dalam masa yang sama, Bibi juga menegaskan bahawa ketika ini pasukan Kelantan hanya mengekalkan Cassio De Jesus sebagai pemain import. Jika ada penambahan pemain import, itu semua terpulang kepada ketua jurulatih, Fajr Ibrahim. Sama ada beliau mahu menggunakan khidmat pemain import atau mengekalkan khidmat pemain muda.

    Di sini, penulis berpendapat Kelantan mengambil risiko yang agak besar jika mereka hanya mempunyai Cassio sebagai pemain import mereka. Penulis merasakan Kelantan perlukan satu atau dua pemain import dalam pasukan untuk memperkukuhkan lagi pasukan ketika ini.

    Akan tetapi, jika Kelantan kekal dengan pilihan mereka, maka ini adalah peluang keemasan untuk ubi muda Kelantan kekal dalam kesebelasan utama dan mempertingkatkan lagi tahap permainan mereka.

    Pemain muda Kelantan juga mempunyai banyak peluang untuk mereka menunjukkan potensi sebenar mereka. Kita sudah sedia maklum bahawa ada beberapa pemain muda Kelantan yang mempunyai potensi besar untuk menyinar. Jadi ini adalah satu peluang yang baik buat mereka.

    Akhir sekali, KAFA juga membuka pintu rundingan kepada mana-mana pasukan yang mahukan khidmat dua pemain import mereka iaitu Do Dong-hyun dan Mohammed Ghaddar. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Dong dan Ghaddar tidak berada dalam perancangan Fajr Ibrahim.

    Apa pendapat anda mengenai pasukan Kelantan yang hanya mahu mengekalkan Cassio De Jesus sebagai pemain import mereka? Mampukah mereka mengekalkan prestasi semasa hanya dengan menggunakan pemain import?

    Baca Juga: Daniel Haqim, Shakir Shaari Baru Pasukan Kelantan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.