• Pasukan Johor Darul Ta’zim akan menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam hari ini dalam misi untuk melebarkan lagi jarak mata mereka dengan pasukan lain dalam carta liga. Kami berpendapat JDT akan menghadapi cabaran sengit daripada anak-anak buah Datuk K.Rajagopal dalam misi mereka untuk memgutip 3 mata penuh malam ini.

    Pasukan bimbingan Raul Longhi berada dalam prestasi yang baik setelah berjaya mengutip kemenangan pada perlawanan terakhir liga. Untuk perlawanan malam ini, sudah pasti Longhi akan menurunkan kesebelasan terbaik beliau.

    Kami merasakan Longhi hanya akan membuat satu atau dua pertukaran dalam kesebelasan utama beliau. Fadhli Shas dijangka akan kembali diturunkan dan akan digandingkan dengan Marcos Antonio. Safawi Rasid juga berkemubgkinan akan kembali diturunkan di bahagian serangan.

    Bagi pasukan PKNS FC pula, mereka sudah pasti mahu mengutip kemenangan setelah hanya mampu seri ketika menentang Melaka United pada perlawanan terakhir Liga. Ketika ini, PKNS menduduki tangga keenam dan ketinggalan tiga mata di belakang pasukan Kedah, Terengganu FC dan juga Pahang.

    Dari segi pemain pula, Datuk K.Rajagopal sudah pasti akan menurunkan barisan kesebelasan utama beliau. PKNS tidak boleh leka dalam perlawanan malam ini kerana mereka harus mengutip tiga mata penuh bagi mendekatkan jarak dengan pasukan di atas mereka.

    Apa yang pasti, kita akan disajikan dengan permainan yang menarik kerana kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing di bahagian serangan. Apatah lagi di bahagian sayap dimana pemain sayap kedua-dua pasukan memiliki kepantasam dan juga gelecekkan bola yang baik.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan di antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang PKNS FC malam ini? Mampukah PKNS memberikan cabaran sengit kepada pendahulu Liga malam ini.

    Baca Juga: Peluang Shahrul Azwari Kembalikan Sentuhan Emas

    Leave a comment

    Your email address will not be published.