• Bekas penyerang bermasalah Johor Darul Ta’zim, Jorge Pereyra Diaz telah sah menyertai kelab Argentina, Club Atletico Lanus semalam. Perkara ini disahkan oleh Lanus menerusi pengumuman di laman web mereka.

    Sebelum ini, Diaz mencipta kontroversi apabila beliau menghilang diri secara tiba-tiba ketika Johor Darul Ta’zim bakal berdepan kelab Vietnam, Song Lam Nghe Anh dalam saingan Piala AFC pada Mac lalu.

    Setelah disiasat, rupanya punca Diaz angkat kaki daripada pasukan ialah kerana dipengaruhi oleh pakar fisioterapi pasukan ketika itu iaitu Fernando. Setelah pemergian Diaz, JDT menggantikan beliau dengan Harry Novillo.

    Akhirnya, teka-teki mengenai kemana hala tuju Diaz selepas meninggalkan JDT terjawab apabila beliau menyertai Club Atletico Lanus yang beraksi dalam saingan Liga Argentina. Dalam saingan musim 2017/2018, Lanus menamatkan saingan di tangga ke-21 daripada 28 pasukan yang bertanding.

    Lanus hanya berjaya memenangi 6 perlawanan, seri 11 perlawanan dan tewas sebanyak 10 perlawnan. Ini merupakan kali kedua Diaz bermain untuk Lanus setelah kali pertama pada 2012 hingga pertengahan 2014 sebelum beliau menyertai Johor Darul Ta’zim secara pinjaman ketika itu.

    Ketika kali pertama mewakili Lanus, Jorge Pereyra Diaz tampil dalam 43 perlawanan dan berjaya menjaringkan 6 gol. Setelah itu, beliau bersama-sama Marcos Antonio tiba di JDT sebagai pemain pinjaman pada pertengahan musim 2014.

    Sekarang yang menjadi pertanyaan kepada penulis adalah, adakah Diaz akan mengulami kesalahan yang sama ketika beliau meninggalkan JDT sebelum ini ? Kita sedia maklum bahawa Diaz ini adalah seorang pemain yang mempunyai masalah disiplin dan juga sikap diva.

    Peristiwa meninggalkan JDT tempoh hari bukanlah kontroversi pertama yang melibatkan Diaz dalam saingan Liga Malaysia. Sebelum ini, Diaz pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap bekas pasukan beliau itu dalam media sosial Facebook beliau.

    Walau apa pun, penulis nak mengucapkan selamat maju jaya kepada Jorge Pereyra Diaz bersama Club Atletico Lanus dalam saingan Liga Argentina musim hadapan. Jangan ulangi kontroversi yang anda lakukan sebelum ini bersama kelab baru kerana itu akan menyusahkan pihak kelab.

    Baca Juga: Harry Novillo Pengganti Jorge Pereyra Diaz

    Leave a comment

    Your email address will not be published.