• Terengganu FC akan melayan kunjungan pasukan Perak di stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi perlawanan Liga Super 2018 pada esok. Kedua-dua pasukan memerlukan tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga.

    Bagi pasukan Terengganu FC, mereka mahu mengutip tiga mata penuh bagi mendekatkan jarak mereka dengan tiga pasukan teratas Liga. Ketika ini, Terengganu berada di tangga kelima. Satu mata di belakang PKNS FC di tangga keempat dan tiga mata dibelakang Pahang di tangga ketiga.

    Setelah menewaskan pasukan Pahang pada perlawanan terakhir Liga, para pemain Terengganu FC berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Hanya saja kita masih belum lagi melihat impak daripada penyerang utama, Kipre Tchetche setelah beliau kembali daripada kecederaan.

    Bagi pasukan Perak pula, mereka wajib mengutip tiga mata penuh jika mahu merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga iaitu pasukan Johor Darul Ta’zim. Ketika ini, Perak menduduki tangga kedua dan berada lima mata dibelakang JDT.

    Setelah seri tanpa jaringan ketika menentang Melaka United pada perlawanan terakhir Liga, para pemain Perak sudah pasti mahu menampilkan aksi terbaik dan memastikan kali ini mereka tidak keciciran mata lagi.

    Pertemuan pertama kedua-dua pasukan pada awal bulan ini berjaya dimenangi oleh anak-anak buah Mehmet Durakovic. Ketika itu, dua pemain Brazil, Wander Luiz dan Gilmar Da Silvva menjadi watak penting pasukan Perak dalam meraih kemenangan.

    Kami melihat Wander dan Gilmar sekali lagi akan menjadi senjata pasukan Perak bagi merobek barisan pertahanan Terengganu FC. Bagi pasukan bimbingan Irfan Bakti pula, selain Kipre, Faiz Nasir dan Bruno Suzuki juga boleh memberi ancaman kepada barisan pertahanan Perak.

    Walau apa pun, kedua-dua pasukan akan harus menampilkan persembahan terbaik mereka jika tidak mahu keciciran mata. Jika gagal untuk mengutip tiga mata penuh, maka peluang mereka untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Liga akan terjejas.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara pasukan Terengganu FC menentang pasukan Perak ? Pasukan manakah yang akan muncul sebagai pemenangan pada esok ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.