• Pasukan Pahang gagal untuk menggunakan kelebiham beraksi di laman sendiri apabila mereka seri dengan pasukan Kedah 2-2 semalam. Kami berpendapat kegagalan menyempurnakan peluang nyata membawa padah buat Pahang.

    Pahang dilihat lebih dominan pada perlawanan semalam. Asakan tertali arus mereka membuahkan hasil apabila Pahang berjaya mendapatkan gol awal melalui gol sendiri Alvaro Silva. Namun, kelekaan barisan pertahanan membuatkan Kedah berjaya memperoleh gol penyamaan.

    Pahang juga perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka iaitu Helmi Eliza Elias kerana aksi cemerlang Helmi berjaya mengelakkan Pahang daripada tewas semalam. Helmi berjaya menafikan beberapa percubaan pemain Kedah sepanjang perlawanan semalam.

    Bagi pasukan Kedah pula, mereka dilihat bermain baik dengan melancarkan gerakan serangan terhadap benteng pertahanan Pahang. Sama seperti pasukan Pahang, Kedah gagal untuk menyempurnakan peluang yang mereka ada untuk mendapatkan 3 mata.

    Mujur saja barisan pertahanan Kedah berjaya mengekang segala asakan daripada serangan Pahang. Akan tetapi, ada posisi yang perlu diperbaiki oleh Nidzam iaitu posisi pertahanan kanan dimana Rizal Ghazali dilihat sedikir bergelut pada separuh masa kedua.

    Keputusan seri ini nyata merugikan pasukan Pahang kerana mereka kini berada 5 mata dibelakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim dalam carta Liga Super. Bagi Kedah pula, keputusan semalam membawa mereka dekat dengan empat pasukan teratas dalam carta Liga Super.

    Walau apa pun, banyak aspek yang perlu diperbaiki oleh kedua-dua pasukan. Pahang perlu memperbaiki bahagian pertahanan mereka manakala pasukan Kedah harus mempertingkatkan barisan serangan dan juga pertahanan. Sandro memerlukan bantuan daripada pemain sayap pasukan untuk melancarkan gerakan serangan.

    Apa pendapat anda mengenai keputusan seri antara pasukan Pahang dan Kedah? Adakah keputusan seri semalam membawa padah buat Pahang?

    Baca Juga: Kedah Bakal Berdepan Cabaran Sukar Menentang Pahang

    Leave a comment

    Your email address will not be published.