• Setelah mengutip tiga mata penuh ketika bertemu pasukan Kelantan minggu lalu, Negeri Sembilan bagaikan mempunyai harapan baru dalam usaha mereka untuk kekal dalam saingan Liga Super. Kami berpendapat ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mario Lemos boleh mengekalkan trio serangan pasukan.

    Trio serangan Negeri Sembilan ketika perlawanan menentang Kelantan diisi oleh N.Thanabalan, Angel Guirado dan Nicolas Velez. Thana dan Velez diletakkan di bahagian sayap manakala Guirado diletakkan sebagai penyerang utama.

    Trio ini berjaya menunjukkan aksi yang baik dengan mengasak dan kubu pasukan Kelantan tempoh hari. Kita dapat lihat larian-larian pantas dan juga percubaan daripada Thanabalan dan juga Velez sering kali memerangkap barisan pertahanan pasukan Kelantan.

    Ini yang dirindukan oleh pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super musim ini. Sebelum perlawanan menentang Kelantan, barisan serangan Negeri Sembilan dilihat sedikit tumpul. Ketumpulan jentera serangan ini membuatkan mereka selalu keciciran mata dan menduduki tangga tercorot dalam carta Liga.

    Apabila Lemos mengambil alih jawatan sebagai ketua jurulatih dan membawa masuk Guirado sebagai penyerang utama, kita dapat melihat ada peningkatan di bahagian serangan pasukan. Mereka lebih kemas dan lebih berbahaya ketika melakukan gerakan serangan.

    Jauh berbeza berbanding perlawanan sebelum ini apabila jentera serangan pasukan seperti lesu dan tidak bermaya dalam mencari jaringan.

    Negeri Sembilan akan menentang pasukan PKNS FC dalam perlawanan Liga Super yang seterusnya pada Ahad ini. Cabaran yang lebih getir jika nak dibandiingkan dengan cabaran yang diberikan oleh pasukan Kelantan.

    Untuk perlawanan menentang PKNS FC, Lemos boleh mengekalkan barisan kesebelsan utama yang sama terutamanya di bahagian serangan. Ini kerana trio serangan Negeri Sembilan dilihat sudah membentuk satu gandingan serta persefahaman yang baik.

    Apa pendapat anda mengenai prestasi trio serangan pasukan Negeri Sembilan ketika perlawanan menentang Kelantan minggu lalu ? Adakah trio ini patut dikekalkan pada perlawanan akan datang ? Atau Lemos perlu mencuba acuan lagi bagi meningkatkan lagi kualiti jentera serangan pasukan Negeri Sembilan ?

    Baca Juga: Titik Kebangkitan Pasukan Negeri Sembilan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.