• Terengganu FC dilihat sedikit bergelut tanpa kelibat penyerang utama mereka iaitu Kipre Tchetche di bahagian serangan. Selain Kipre, Terengganu juga hilang khidmat Faiz Nasir dan Abdul Malik Mat Ariff kerana kecederaan. Kini, ketiga-tiga pemain dikhabarkan sudah hampir pulih dan bakal memperkuatkan pasukan.

    Pada perlawanan menentang Kedah minggu lalu, tugas sebagai penyerang utama disandang oleh Akanni-Sunday Wasiu. Beliau digandingkan dengan Bruno Suzuki di bahagian serangan dan apa yang boleh kita lihat daripada perlawanan tersebut adalah Akanni sukar untuk menjalankan tugas dengan baik di hadapan.

    Kami merasakan beliau masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh Irfan Bakti. Dengan kembalinya Kipre dalam kesebelasan utama, masalah di bahagian serangan sedikit-sebanyak boleh diatasi.

    Selain kembalinya Kipre dalam kesebelasan utama, kami berpendapat kembalinya dua pemain sayap lincah Terengganu FC iaitu Faiz Nasir dan Abdul Malik Mat Ariff bakal menjadi satu kelebihan besar yang dimiliki oleh pasukan.

    Sebelum kedua-dua pemain ditimpa kecederaan, kita boleh lihat serangan Terengganu FC yang sangat tajam dan juga efektif sehinggakan menjadi antara barisan serangan paling berbahaya dalam saingan Liga Super.

    Faiz dan Malik bermain dengan sangat baik di bahagian sayap dengan larian pantas serta gelecekkan bola yang sangat baik. Kedua-dua membantu serangan pasukan dengan mengkucar-kacirkan benteng pertahanan dari sebelah tepi.

    Kembalinya ketiga-tiga pemain ini juga tepat pada masanya kerana pasukan Terengganu FC ketika ini sedang dalam usaha untuk menjadi tiga pasukan terbaik dalam saingan Liga Super. Untuk mencapai objektif tersebut, Terengganu FC memerlukan barisan serangan yang efektif dan juga mampu untuk beraksi dengan baik.

    Apa pendapat anda mengenai kembalinya Kipre Tchetche, Faiz Nasir dan Abdul Malik Mat Ariff dalam kesebelasan utama pasukan Terengganu FC ? Adakah ketiga-tiga pemain ini boleh mencipta impak serta merta dengan memperkuatkan pasukan pada perlawanan yang akan datang ?

    Atau ketiga-tiga pemain ini perlukan masa untuk membarisi kesebelasan utama pasukan Terengganu FC ?

    Baca Juga: Akanni Masih Belum Serasi Bersama Terengganu FC

    Leave a comment

    Your email address will not be published.