• Pasukan Kuala Lumpur dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia, Sylvano Comvalius bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan. Sylvano bakal menggantikan Junior Aprecido yang gagal untuk mencipta sebarang impak.

    Nama Sylvano sebelum ini disebut-sebut bakal menggantikan penyerang import Kedah, Pablo Pallares yang dilihat bergelut untuk menunjukkan prestasi terbaik. Namun, ketika ini Kedah dilihat mempunyai calon baru apabila Paulo Rangel dikhabarkan menjadi calon pilihan pengurusan pasukan Kedah.

    Sylvano mula menjadi bualan peminat bola sepak Asia Tenggara khususnya setelah berjaya menjadi penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia musim lalu dengan berjaya menjaeingkan 37 gol dalam 34 perlawanan. Setelah cemerlang bersama Bali United, Sylvano kemudiannya berhijrah ke Liga Thailand dengan menyertai pasukan Suphanburi FC.

    Akan tetapi, Sylvano dilihat bergrlut untuk tampil dalam kesebelasan utama sekaligus gagal untuk mengulangi prestasi seperti musim lalu. Sylvano dilihat jarang tampil dalam kesebelasan utama dan hanya memanaskan bangku simpanan.

    Apabila Sylvano menyertai pasukan Kuala Lumpur, maka besar kemungkinan beliau akan diletakkan di samping dua pemain import sedia ada iaitu Guilherme De Paula dan Paulo Josue.

    Satu lagi kemungkinan adalah Sylvano Comvalius bakal digandingkan dengan Paulo Josue di bahagian serangan dan menolak Guilherme ke bangku simpanan.

    Kami berpendapat jika Sylvano menyertai KL dan mereka masih lagi mempunyai Guilherme dalam pasukan, ini akan memberikan pulihan yang lebih luas kepada ketua jurulatih, Fabio Maciel. Tetapi, kami merasakan ada baiknya The City Boys mencari seorang lagi pemain tengah bagi memperkukuhkan posisi tersebut.

    Walau apa pun, jika benar Sylvano bakal menyertai KL, maka kehadiran beliau bakal memperkukuhkan lagi jentera serangan pasukan. Lihat saja rekod beliau sebelum ini. Jumlah 37 jaringan itu adalah satu jaringan yang sangat besar.

    Apa pendapat anda mengenai pasukan Kuala Lumpur yang berminat dengan Sylvano Comvalius? Dengan kehadiran beliau, mampukah pasukan The City Boys bangkit?

    Baca Juga: Sylvano Comvalius Atau Ken Ilso Larsen Yang Sesuai Untuk Pasukan Kedah?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.