• Selain membawa masuk Jorge Santos Silva pada jendela perpindahan kedua nanti, Johor Darul Ta’zim juga membawa masuk bekas pemain Galatasaray, Lucas Ontivero bagi memperkuatkan pasukan. Namun, Ontvero akan diserapkan ke reserve team JDT iaitu Johor Darul Ta’zim II dalam saingan Liga Perdana 2018.

    Pemain berusia 23 tahun ini sudah beraksi buat 9 kelab dalam karier bola sepak profesional beliau setakat ini. Satu jumlah yang banyak jika dilihat daripada usia beliau yang dikategorikan muda.

    Ontivero adalah graduan daripada akademi Independiente, kelab sama yang pernah diwakili oleh pemain import JDT yang cabut lari pada awal musim lalu iaitu Jorge Pereyra Diaz. Setelah bersama Independiente, Ontivero kemudiannya menyertai kelab di sekitar Amerika Selatan, Eropah dan juga Kanada.

    Aksi dan Skil Lucas Ontivero:

    Sumber Video: Emanuel Carra

    Sama seperti Jorge Santos, Ontivero juga sering berpindah-randah dan jarang untuk kekal bersama satu pasukan. Tempoh paling lama beliau kekal bersama satu pasukan ialah selama dua musim lebih tepatnya ketika bersama Galatasaray. Namun, Ontivero jarang untuk tampil dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau dilihat hanya menjadi pemain simpanan saja.

    Tugas besar sedang menanti Lucas Ontivero bersama pasukan Johor Darul Ta’zim II. Beliau harus segera mencipta impak kerana kedudukan JDT II dalam saingan Liga Perdana ketika ini berada di kedudukan tercorot. Jadi mereka perlukan keputusan positif di setiap perlawanan bagi keluar daripada zon penyingkiran.

    Apa pendapat anda dengan keputusan Johor Darul Ta’zim untuk membawa masuk Lucas Ontivero bagi memperkuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim II ? Mampukah beliau menyesuaikan diri dengan corak permainan Benjamin Mora sekaligus membantu JDT II keluar dari zon penyingkiran ?

    Baca Juga: Siapakah Jorge Santos Silva Ini ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.