• Ketika Kelantan menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super 2018 minggu lalu, penulis menjangkakan Mohammed Ghaddar akan mengetuai jentera serangan Kelantan. Namun, posisi tersebut diisi oleh Shafiq Shahrudin. Hilangnya Mohammed Ghaddar justru mencetuskan tanda-tanya dikalangan peminat dan juga penulis sendiri.

    Sebelum perlawanan menentang Kuala Lumpur, Ghaddar dilihat menjadi pilihan ketua jurulatih, Fajr Ibrahim untuk mengisi posisi penyerang utama sekaligus ketua pasukan. Walaupun pada mulanya Ghaddar tidak beraksi dengan baik, namun pada perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim minggu lalu Ghaddar berjaya menjaringkan satu gol.

    Pengganti beliau, Shafiq Shahrudin beraksi dengan sangat baik apabila berjaya menjaringkan dua gol dalam kemenangan pasukan Kelantan minggu lalu. Shafiq dilihat tidak gugup dan bijak untuk mencari ruang bagi menerima hantara daripada rakan sepasukan beliau terutama Nik Akif Syahiran dan Nik Azli.

    Di sini, penulis mempunyai pertanyaan. Adakah kehilangan Ghaddar minggu lalu berpunca daripada masalah dalam pasukan ? Adakah Ghaddar mempunyai masalah dengan ketua jurulatih Fajr Ibrahim ataupun presiden Persatuan Bola Seak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan ?

    Sama ada benar Ghaddar mempunyai masalah dengan dua individu diatas, penulis juga tidak pasti. Namun, Shafiq Shahrudin dilihat mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ghaddar. Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim II ini juga kelihatan tidak gugup dan berjaya menyemuurnakan tugas dengan baik.

    Walau apa pun, penulis berpendapat jika Ghaddar tidak diturunkan pada perlawanan selanjutnya, maka berkemungkinan besar ada masalah antara beliau dan juga pengurusan pasukan atau ketua jurulatih. Dan jika benar ada masalah, Ghaddar mungkin digantikan dengan penyerang import lain.

    Apa pendapat anda mengenai hilangnya Mohammed Ghaddar daripada kesebelasan utama ketika Kelantan menewaskan Kuala Lumpur minggu lalu ? Adakah ketiadaan Ghaddar boleh menjejaskan prestasi pasukan Kelantan dalam saingan Liga ?

    Atau Kelantan tidak akan terkesan langsung dengan ketiadaan Ghaddar kerana mereka sudah mempunyai barisan pemain muda yang mampu untuk memberikan cabaran ? Mari kongsikan pendapat anda dengan penulis.

    Baca Juga: Masa Depan Kelantan Cerah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.