• Setelah mencipta kejutan dengan mengikat seri pasukan Kedah pada Selasa, pasukan Negeri Sembilan bakal berdepan dengan satu lagi ujian besar apabila mereka akan menentang pasukan Johor Darul Ta’zim malam ini. Masih adakah semangat juang kemarin ?

    Persembahan Negeri Sembilan pada perlawanan lalu merupakan persembahan baik sejak mengutip kemenangan ke atas pasukan Kuala Lumpur pada dua bulan lalu. Walaupun ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama, para pemain tidak putus asa dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas benteng pertahanan Kedah.

    Untuk perlawanan malam ini, jika para pemain Negeri Sembilan menunjukkan semangat juang yang sama ketika menentang Kedah, tidak mustahil mereka bakal mengutip keputusan yang positif.

    Kami merasakan jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor akan kekal dengan kesebelasan utama yang beliau gunakan pada Selasa lalu.Penyerang import, Nicolas Velez akan digandingkan dengan N.Thanabalan di bahagian serangan manakala Flavio Beck dan Kim Do-hyeon akan mengawal jentera tengah.

    Bagi pasukan JDT, mereka dalam prestasi yang baik setelah menewaskan Selangor pada perlawanan lalu. Para pemain hanya perlu mengekalkan corak permainan seperti perlawanan sebelumnya. Walaupun turun tanpa khidmat Natxo Insa, tapi masih ramai lagi yang boleh menggantikan beliau.

    Di bahagian serangan, kami menjangkakan Raul Longhi akan mengekalkan trio yang sama iaitu Safawi Rasid, Hazwan Bakri dan Gonzalo Cabrera. Kita juga berkemungkinan besar melihat trio ini bergandingan buat kali terakhir sebelum Harry Novillo dan Jorge Santos Silva mengisi barisan serangan pasukan.

    Walau apa pun, kedua-dua pasukan mencari tiga mata penuh malam ini. Negeri Sembilan mahu keluar dari zon penyingkiran manakala Johor Darul Ta’zim pula mahu terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu Liga.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan antara Negeri Sembilan menentang Johor Darul Ta’zim mala mini ? Adakah masih ada saki baki daripada semangat juang dalam pasukan Negeri Sembilan ?
    Atau Johor Darul Ta’zim muda untuk mengutip kemenangan pada perlawanan malam ini ?

    Baca Juga: Pujian Untuk Semnagat Juang Pemain Pasukan Negeri Sembilan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.