• Pertembungan diantara dua pasukan tercorot Liga Super, Kelantan dan juga Negeri Sembilan berkesudahan dengan anak-anak buah Mario Lemos berjaya mengutip tiga mata penuh hasil daripada jaringan Alex Moraes dan Angel Guirado. Dengan kekalahan 2-0 semalam, adakah masih ada harapan untuk pasukan Kelantan bangkit dalam saingan Liga Super?

    Turun dengan kesebelasan utama yang majoritinya diisi oleh pemain muda, Kelantan dilihat bermain dengan baik pada mulanya dengan menyerap asakan pemain Negeri Sembilan. Namun, setelah Moraes menjaringkan gol pembukaan, pemain Kelantan seolah-olah hilang arah dan juga hilang tumpuan.

    Kelekaan pemain Kelantan terus dihukum dengan jaringan penalti Guirado pada minit ke-38. Setelah ketinggalan dengan dua gol, barisan muda Kelantan nyata tidak bermaya apabila gagal untuk mencabar pasukan lawan.

    Kekalahan semalam nyata menambahkan lagi api kemarahan peminat pasukan. Bahkan ada sesetengah daripada peminat yang mahukan Fajr Ibrahim serta presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan untuk meletak jawatan selepas kekalahan semalam.

    Kegagalan untuk mencipta kemenangan semalam membjatkan pasukan Kelantan kini mempunyai mata yang sama dengan pasukan Negeri Sembilan dengan kutipan lapan mata. Namun, Negeri Sembilan masih lagi kekal di tangga tercorot dibezakan dengan jumlah jaringan.

    Kekalahan semalam hanya menambahkan lagi tekanan yang dihadapi oleh pasukan dan juga Fajr Ibrahim. Bukan setakat itu, Fajr juga dikhabarkan berbalah dengan pemain import, Cassio De Jesus kerana minggu lalu, Fajr mengkritik persembahan Cassio ketika tewas kepada pasukan Kuala Lumpur.

    Masih ada lagi masa untuk pasukan Kelantan bangkit dan cuba untuk mengutip kemenangan pada perlawanan seterusnya. Namun, jika mereka masih lagi menampilkan persembahan sebegini rupa, sukar untuk mereka memberikan saingan kepada pasukan lain di dalam Liga.

    Fajr perlu mempunyai pelan B bagi memastikan pemain muda beliau kembali ke prestasi cemerlang seperti sebelum ini
    Barulah ada harapan untuk mereka keluar dari zon penyingkiran sekaligus mengelak daripada jatuh ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

    Apa pendapat anda mengenai kekalahan pasukan Kelantan di yangan Negeri Sembilan semalam? Mampukah mereka menyelamatkan diri daripada terjatuh ke saingan Liga Perdana?

    Baca Juga: Peluang Terakhir Untuk Fajr Ibrahim?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.