• Pasukan Melaka United menjadi destinasi yang seterusnya buat Khairul Fahmi Che Mat setelah pasukan Kelantan tidak lagi mahukan khidmat beliau. Apek dijangka akan menyertai pasukan Melaka apabila jendela perpindahan kedua dibuka pada pertengahan Mei ini.

    Khidmat Apek tidak lagi diperlukan apabila Fajr Ibrahim mengambil alih jawatan ketua pasukan Kelantan daripada Yusri Che Lah. Selain Khairul Fahmi, khidmat seorang lagi pemain senior, Badhri Radzi juga tidak diperlukan kerana Fajr lebih gemar unttuk menggunakan khidmat pemain muda.

    Sebelum ini, pasukan Kuala Lumpur menunjukkan minat terhadap penjaga gol berusia 29 tahun ini. Namun, menurut presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, KAFA menerima tawaran daripada Melaka United dan bersetuju untuk melepaskan Apek menyertai pasukan bimbingan Eduardo Almeida itu.

    Tambah Bibi Ramjani, beliau juga memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh Khairul Fahmi. Tambah beliau, Apek juga sudah bersetuju untuk menyertai pasukan Melaka United.

    Apabila Khairul Fahmi menyertai pasukan Melaka pada jendela perpindahan kedua nanti, Apek akan bersaing dengan sahabat beliau iaitu Zamir Selamat dan seorang lagi penjaga gol, Fazli Paat bagi posisi penjaga gol nombor satu pasukan Melaka.

    Zamir dan Fazli menunjukkan prestasi yang tidak menentu setakat ini. Eduardo juga masih belum pasti sama ada mahu mengekalkan Zamir atau Fazli sebagai penjaga gol utama beliau. Dengan adanya Apek, permasalahan di posisi penjaga gol boleh diselesaikan.

    Pengalaman yang dimiliki oleh Apek mungkin menjadi faktor mengapa Melaka United mahukan khidmat beliau. Apek juga antara penjaga gol yang selalu membarisi pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa. Jadi pengalaman tersebut yang mahu dimanfaatkan oleh Melaka.

    Kami berpendapat keputusan Apek untuk menyertai Melaka adalah satu keputusan yang baik. Apek masih lagi mempunyai sesuatu untuk disumbangkan dan membantu pasukan Melaka dalam saingan Liga.

    Apa pendapat anda mengenai keputusan Khairul Fahmi untuk menyertai pasukan Melaka United ? Adakah Melaka United merupakan pasukan yang sesuai buat Khairul Fahmi ?

    Baca Juga: Empat Destinasi Seterusnya Buat Apek

    Leave a comment

    Your email address will not be published.