• Selangor akan bertandang ke Larkin malam ini bagi menghadapi pendahulu Liga Super 2018 iaitu pasukan Johor Darul Ta’zim. Kami merasakan pasukan Selangor akan berdepan Mission Imposible untuk mengutip mata pada perlawanan malam ini.

    Selangor akhirnya mengutip kemenangan pertama ketika menewaskan Negeri Sembilan minggu lalu selepas tewas empat perlawanan Liga sebelum ini. Jurulatih Selangor, Nazliazmi Nasir menganggap kemenangan minggu lalu sebagai menaikan moral pemain untuk menghadapi JDT malam ini.

    Namun, kemenangan mereka minggu lalu masih lagi dihantui dengan kelonggaran di bahagian pertahanan. Masalah di bahagian pertahana ini telah menyebabkan Selangor keciciran mata dalam saingan Liga sebelum ini. Dalam perlawanan malam ini, Nazliazmi harus menurunkan pemain yang mampu beraksi dengan tenang dan mampu untuk menyerap asakan yang akan diberikan barisan serangan JDT dengan baik.

    Bagi pasukan JDT pula, mereka dilihat mahu mengutip mata penuh pada malam ini bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka di puncak Liga. JDT juga berada dalam prestasi yang baik setelah mengutip kemenangan dengan menewaskan barisan muda Kelantan minggu lalu.

    Kami berpendapat JDT bakal menurunkan barisan pemain yang sedikit berbeza dalam perlawanan malam ini. Raul Longhi mungkin akan menurunkan pemain yang tidak berada dalam kesebelasan utama ketika mengutip kemenangan di Kota Bharu minggu lalu. Ini bagi memastikan semua pemain kekal cergas dan berada dalam keadaan yang baik.

    Walau apa pun, perlawanan malam ini akan menjadi ujian yang getir buat anak-anak buah Nazliazmi Nasir. Jika mereka berjaya memberikan cabaran dan juga memperbaiki barisan pertahanan, tidak mustahil pasukan Selangor akan mendapatkan keputusan yang positif malam ini.

    Kemenangan juga penting buat Johor Darul Ta’zim untuk mereka menjarakkan diri daripada pasukan Pahang yang berada di tangga kedua dan juga pasukan Perak yang berada di tangga ketiga.

    Apa pendapat anda mengenai perlawanan diantara pasukan Selangor menentang Johor Darul Ta’zim malam ini ? Pasukan mana yang akan mengutip tiga mata penuh ?

    Baca Juga: Berikan Lebih Pendedahan Buat Sean Eugene Selvaraj

    Leave a comment

    Your email address will not be published.