• Semenjak mengambil alih jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Kedah, Nidzam Adha dilihat lebih gemar menggunakan Sandro Da Silva sebagai penyerang utama berbanding Pablo Pallares. Pada perlawanan menentang Negeri Sembilan malam ini, mungkinkah Nidzam akan memberi peluang kepada Pablo Pallares diturunkan dalam kesebelasan utama ?

    Nidzam telah menurunkan Sandro sebagai penyerang utama ketika Kedah menewaskan Selangor 4-0 dan seri 1-1 dengan pasukan Terengganu FC minggu lalu. Dalam dua perlawanan ini, barisan serangan Kedah dilihat beraksi konsisten dan juga lebih berbahaya berbanding perlawanan sebelumnya.

    Walaupun diletakkan di posisi yang berbeza berbanding posisi asal beliau, Sandro masih lagi mampu untuk beraksi dengan baik. Beliau berjaya menjaringkan dua gol ketika Kedah menewaskan pasukan Selangor. Pasukan Kedah sepertinya tidak merindukan kelibat Pablo di bahagian serangan dengan adanya Sandro.

    Di sini, kami melihat sukar untuk Pablo Pallares diturunkan dalam kesebelasan utama dengan adanya Sandro yang sedang berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Sebelum ini, di bawah bimbingan Ramon Marcote, Pablo sering menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi penyerang utama pasukan.

    Namun, Pablo gagal untuk beraksi konsisten dan perkara tersebut telah menyebabkan pasukan Kedah keciciran mata dalam saingan Liga. Ketika ini, Kedah harus mengekalkan momentum kemenangan bagi mengutip mata yang telah mereka lepaskan sebelum ini.

    Dan untuk mengekalkan momentum, Nidzam Adha juga perlu mengekalkan kesebelasan utama beliau. Apatah lagi di bahagian serangan dimana bahagian yang perlukan pemain yang boleh beraksi konsisten.

    Walau apa pun, peluang untuk Pablo Pallares diturunkan masih ada namun kami merasakan Nidzam akan lebih memilih Sandro untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

    Apa pendapat anda mengenai situasi Pablo Palalres bersama pasukan Kedah ? Adakah kita akan melihat kelibat beliau dalam perlawanan yang akan datang bersama pasukan Kedah ?

    Baca Juga: Sylvano Comvalius Ganti Pablo Pallares ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.